Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Lepas Dari Soalan Bila Nak Timang Anak, Mira Filzah Akui Tetap ‘Laris’ Lepas Kahwin

Mira Filzah

Pelakon yang kini semakin bahagia dengan rumah tangga yang baru dibina, Mira Filzah mengakui dirinya tidak lepas daripada pertanyaan mengenai bilakah dia dan suami, Wan Emir akan menimang cahaya mata pertama.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Advertisement

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman,28, berkata, berita gembira seperti itu pasti akan dikongsi kepada semua terutama peminat setia apabila dikurniakan rezeki anak kelak.

Dia yang sebelum ini pernah tular kononnya kelihatan ‘baby bump’ di bahagian perut menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak bermakna apa-apa buat ketika ini.

“Saya cakap baru lepas makan. Saya tak sedar pun. Baju yang dipakai itu jika dilihat dari tepi dalam keadaan ‘tie in’ akan nampak lain. Tak ada apalah.” ujar Mira.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini turut memberitahu bahawa populariti yang dikecapinya kini masih sama sewaktu dia masih bergelar bujang.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Advertisement

Menurut Mira, peluang kerjaya dalam bidang lakonan masih ‘lebat’ sehinggakan kadang-kadang dia terpaksa menolak kerana jadual yang terlalu padat.

“Kerjaya selepas kahwin, masih sibuk. Alhamdullilah, tawaran masih ada. Kadang-kadang terpaksa tolak. Tawaran menjadi duta pula semakin banyak. Murah rezeki selepas kahwin. Saya banyak fokus menjadi duta tahun ini sebab duta ini selagi orang mahu, tawaran ada. Duta pula lebih besar. Jadi saya fokus itu.”

Ketika ditanyakan penerimaan suami tersayang terhadap kerjayanya sebagai pelakon meskipun sudah bergelar isteri, Mira menjelaskan bahawa pasangannya itu sangat memahami tuntutan kerja yang perlu dilunaskannya.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Perkembangan terkini, Mira kini terbabit dalam sebuah penggambaran drama terbaru yang mengambil tempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    March 25, 2021 at 9:01 am

    kiteorg pulak bosan asyik tgk muka awak je.

    • Anonymous

      April 6, 2021 at 3:34 pm

      ala ko jeles la tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama