“Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul” – Selepas Mira Filzah Kahwin, Giliran Safiey Illias Pula Mahu Akhiri Zaman Bujang

Hiburan

“Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul” – Selepas Mira Filzah Kahwin, Giliran Safiey Illias Pula Mahu Akhiri Zaman Bujang

Seakan memberi bayangan bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, usahawan penuh kontroversi, Safiey Illias tampil mendedahkan Hasrat tersebut kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

 "Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul" - Selepas Mira Filzah Kahwin, Giliran Safiey Illias Pula Mahu Akhiri Zaman Bujang

Advertisement

Menerusi entri tersebut, pelantun lagu “Syinta Gila” ini juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan sejoli aktres Mira Filzah dan Wan Emir Astar sekaligus berkongsi berita gembiranya.

https://www.instagram.com/p/CEsuj1oBS5j/?utm_source=ig_embed

“Tahniah Mira Filzah dah berkahwin. Tak lama lagi ratu akan menyusul pulak hahaha.”

Seperti sudah dijangka, melihat kepada komen di entri berkenaan, ramai dalam kalangan pengikut Safiey dilihat tidak sabar dengan khabar berita tersebut. Selain tertanya-tanya siapakah gerangan insan yang akan dikahwininya kelak, ramai pengikutnya sudah dapat rasakan majlis perkahwinan itu pasti menjadi ‘Wedding Of The Year’ kerana Safiey merupakan individu yang sangat mewah dalam menjalani kehidupan seharian.

 "Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul" - Selepas Mira Filzah Kahwin, Giliran Safiey Illias Pula Mahu Akhiri Zaman Bujang

Walaubagaimanapun, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias tidak mendedahkan siapakah yang bakal menjadi pasangan hidupnya.

 "Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul" - Selepas Mira Filzah Kahwin, Giliran Safiey Illias Pula Mahu Akhiri Zaman Bujang

Terdahulu, seakan menjadi bualan hangat netizen apabila nama Safiey sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas beliau khabarnya sering berkongsi tentang pembedahan yang dilakukannya mengalami masalah pembengkakan pada bahagian muka selepas dipercayai mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...