Written by AbangNara | September 11th, 2013

Jangan terkeliru dengan tajuk filem ini. Ini bukanlah filem Lagenda Budak Setan yang diadaptasi daripada novel popular nukilan Ahadiat Akasha. Lagenda Budak Hostel menceritakan mengenai kisah suka duka pelajar-pelajar sekolah di asrama. Nampak macam menarik kalau garapannya dibuat dengan tepat.

lagenda budak hostel

Filem ini adalah terbitan Metrowealth dan diarahkan oleh Ismail Bob Hasim. Hebat juga Ismail Bob Hashim ini kerana kalau tak silap tahun ini sahaja dah lebih 10 filem diarahkannya. Memang produktif betul. Apa pun, tarikan filem ini sudah tentu Nora Danish yang melakonkan watak Seroja. Comel wei Nora pakai baju sekolah.

lagenda budak hostel

Akan mula ditayangkan pada 12 September ini, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini lebih-lebih lagi jika anda belajar di asrama ketika zaman persekolahan dahulu. Beberapa lagi keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Toyota 86 GTS vs Ford Focus ST

 
Written by AbangNara | July 22nd, 2013

Hujung minggu lalu, Metrowealth Pictures telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama selebriti-selebriti naungannya dan para media. Majlis yang berlangsung di Shogun Sunway Pyramid ini berjalan dengan meriah dan lancar sekali. Sedap-sedap belaka makanan yang dihidangkan.

diana amir

Walaupun nama besar seperti Nora Danish dan Shaheizy Sam tidak dapat menghadirkan diri, kehadiran selebriti-selebriti seperti Diana Amir ternyata memeriahkan lagi majlis. Dengar khabarnya Diana akan menamatkan zaman gadisnya dalam tahun ini juga. Tak sabar rasanya nak menanti hari bahagia Diana.

diana amir

Bobo juga turut hadir dengan berpakaian kemeja serba pink. Bobo memang sempoi dan rileks melayan media yang menemubualnya. Memang orangnya gila-gila. Apa-apa pun, selamat berpuasa kepada semua artis naungan MIG. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

telekung travel

P.S : Setiap kali tiba bulan Ramadhan, wife Abang Nara pasti akan beli telekung baru. Katanya barulah bersemangat sikit nak pergi solat terawih. Ramadhan kali ini, Abang Nara buatkan kejutan untuk dia dan belikan telekung travel daripada Busana Muslimah PelangiBonda.SEGERA DAPATKAN SEMENTARA STOK MASIH ADA!

P.S: Gambar Proton Preve hatchback yang lebih jelas didedahkan

 
Written by AbangNara | May 9th, 2013

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah Bobo ada pada video parody. Memang rezeki itu datang dengan cara tidak terduga. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Bobo yang kini merupakan artis MIG. Semoga kariernya akan lebih berkembang lagi.

bobo

Untuk anda yang tidak pernah melihat aksi Bobo, tontonlah video parody lagu Sayang daripada Shae di bawah. Pastikan tiada makanan di mulut anda. Takut tersembur kena komputer.

Kepada Bobo, all the best and good luck. Mana tahu lepas ini makin popular dan boleh tercalon dalam ABPBH. Hehehe.

fer white

P.S: Gabungan 15 bahan berkualiti tinggi untuk kesihatan anda memastikan kesan yang sempurna sekiranya anda mengamalkan pemakanan Fer White. Hanya RM95 termasuk penghantaran. Tidak membebankan kewangan anda langsung. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

Written by AbangNara | March 5th, 2013

Menarik sungguh tajuk artikel yang dikeluarkan di Mstar Online ini.  Agak kasar ayat yang dikeluarkan oleh David Teo tetapi Abang Nara dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Kata-kata ini diluahkan selepas ada sebilangan kecil artis yang pernah bernaung di bawahnya menyatakan MIG penuh dengan mainan politik.

david teo

Yang terbaru ialah kenyataan Aeril Zafrel yang menyatakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’ segelintir pekerja MIG. Namun bagi David Teo, hanya artis yang tak ada otak sahaja akan mengeluarkan kenyataan sebegitu. Kata David Teo:-

Pada pendapat saya hanya artis yang tidak ada otak yang kutuk saya sedangkan yang ada otak atau dalam erti kata lain yang bijak elok sahaja dengan MIG. Cuba lihat contoh seperti Lisa Surihani, Maya Karin dan Farid Kamil, mereka tidak pernah memberi masalah dan kami juga senang bekerjasama dengan mereka. Artis baru seperti Wawa Zainal, kami juga senang bekerjasama dengannya. Tidak ada pula saya dengar mereka tidak puas hati dengan MIG

david teoAbang Nara pernah berurusan dengan David Teo dan orangnya memang sempoi dan simple. David Teo ternyata kecewa dengan perbuatan sesetengah artis yang keluar daripada MIG dan mengutuk syarikatnya itu.

Sebagai syarikat pengurusan, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga dan menyimpan segala rahsia artis-artis kami. Tetapi sayangnya, mana-mana yang keluar daripada MIG, ada yang mengutuk kami pula. Dan kepada Aeril, tahukah dia banyak rahsianya yang pihak kami simpan? Jika saya buat kenyataan, pasti dia juga yang malu. Malah kontrak dia dan pihak kami juga belum lagi tamat sebenarnya.

Rasanya memang perkara biasa untuk sesebuah syarikat besar ada pihak yang tidak berpuas hati di antara satu sama lain. Bukan senang untuk David Teo menjaga hati kesemua anak buahnya. Kenalah pandai-pandai membawa diri. Takkan semua benda nak disuapkan. At least kenalah berusaha untuk menaikkan nama sendiri. Tak gitu?