Written by AbangNara | July 9th, 2015

Filem Suamiku Jatuh Dari Langit ini memang kelakar. Ditunjangi oleh pelakon seperti Nora Danish, Qi Razali, Atikah Suhaime dan Syuk Balas, lawak-lawak yang dipaparkan di dalam filem romantik komedi ini memang menjadi. Jalan ceritanya yang simple mendekatkan lagi para penonton dengan lakonan yang ditunjukkan. Memang berdekah-dekah ketawa sepanjang menonton filem ini.

suamiku jatuh dari langit

Ini sedikit sinopsis filem Suamiku Jatuh Dari Langit yang bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri kelak.

Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.

Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka.

Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .

Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie.

Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

suamiku jatuh dari langit

Kalau anda ingin bergelak ketawa, bergembira bersama keluarga menonton wayang di Hari Raya ini, memang Abang Nara cadangkan pergi menonton filem Suamiku Jatuh Dari Langit ini. Confirm tak menyesal punya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 21st, 2013

Nama Villa Nabila memang popular sehari dua kebelakangan ini. Khabar angin kononnya 30 orang masuk ke dalam Villa Nabila tetapi hanya 7 yang berjaya keluar ternyata menaikkan lagi keseraman. Malah villa yang terletak di Johor Bahru ini turut disenaraikan sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di dalam Expedia pasti membuatkan bulu roma naik jika anda singgah ke situ.

villa nabilaSusulan popularati yang dijana baru-baru ini, David Teo, boss besar Metrowealth berkata bahawa pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini. Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila. Kata David Teo:-

Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.

Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.

david teo

Bagi Abang Nara, David Teo memang bijak orangnya. Inilah cara orang berniaga berfikir. Mana yang boleh datangkan keuntungan, perlu digunakan secepat mungkin. Lagipun mana tahu melalui filem Villa Nabila kelak, segala misteri mengenai tempat itu akan terbongkar. Diharap para pelakon dan pengarah jangan lupa baca ayat pendinding. Takut-takut nanti masuk Villa Nabila tak jumpa jalan keluar pulak. Hehehe. Info asal Berita Harian.

Written by serenity | October 9th, 2013

Minggu ini kecoh apabila Bipop, sebuah sisipan hiburan untuk Berita Harian hari Ahad, mendedahkan yang pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah bernikah sekitar Februari dan sudah mendapat anak lelaki sekitar Ogos. Baik Aeril mahupun Wawa masih belum menjawab secara rasmi tentang pendedahan tersebut, sebaliknya memilih untuk tweets serba sedikit tentang apa yang berlaku di Twitter. Khabarnya mereka akan menjelaskan segalanya entang isu berbangkit dalam satu sidang media Jumaat ini.

Melalui Twitter, Wawa mendakwa terdapat dalang yang ingin menjatuhkan Aeril, dan spekulasi yang bertebaran di Internet ialah dalang yang dimaksudkan ialah David Teoh, Pengarah Urusan Metrowealth Movies. Hari ini melalui Berita Harian, David bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Kenapa pula mengaitkan saya mempunyai niat untuk menjatuhkan mereka, sedangkan selama ini saya bersusah payah menaikkan mereka, mahu bagi mereka popular.

Saya ibarat bapa kepada semua artis di bawah naungan MIG, takkan saya mahu lihat anak saya gagal dalam kehidupannya.

David juga menyatakan dia menerima dengan hati terbuka apa saja keputusan Wawa selepas ini (sama ada mahu terus berlakon dengan MIG atau tidak), kerana perkara sudah berlaku dan dia enggan menyalahkan Wawa. Sebaliknya dia meminta Wawa untuk menghubungi syarikat sekiranya masih mahu berlakon di bawah MIG kerana David melihat Wawa sebagai seorang yang ada potensi dalam industri.

Sementara itu, melalui mStar Online, Aeril Zafrel mendakwa dia bukan ingin dilihat seperti ‘budak baik’ kerana mengaitkan kontroversi yang berlaku pada dirinya masa ini dengan agama. Katanya:-

Saya tidak pernah menggunakan agama atau ayat suci al-Quran untuk mempertahankan diri dalam satu-satu hal. Bagaimanapun menjadi perkara normal untuk mengaitkan hal agama dalam perbualan kita.

Kadang-kadang apabila berborak dengan kawan-kawan pun saya bercakap mengaitkan agama.

Menurut Aeril dia berpendapat ada pihak tertentu yang hendak menjatuhkannnya, namun dia berhak untuk mendiamkan diri, kerana perkara ini melibatkan maruah, dan bagi mendapatkan ketenangan untuk merungkaikan semua persoalan membabitkan hubungannya dengan Wawa Zainal Jumaat ini.

Apa pun kita tunggu saja apakah yang diumumkan mereka berdua dalam sidang media itu nanti yang dianggap sebagai satu wadah utuk membersihkan nama mereka.

Written by serenity | October 7th, 2013

Tidak dapat dinafikan, David Teoh ialah individu yang mula-mula memperkenalkan Wawa Zainal ke industri filem melalui filem-filem terbitan syarikatnya, Metrowealth Movies Production (MIG). Menurut laporan Berita Harian (BH) hari ini, walaupun kini sedang diselubungi kontroversi pernikahan rahsia dengan pelakon Aeril Zafrel, David sudi menerima Wawa untuk terus berlakon di bawah syarikatnya.

Bagaimanapun, Aeril Zafril tidak akan dibenarkan berlakon filem terbitan MIG sampai bila-bila. Kata David:-

Wawa masih muda dan saya faham, wanita dalam usia sepertinya pasti ada melakukan kesilapan. Buat masa ini, saya hanya ingin mendengar penjelasannya berhubung perkara terbabit dan jika dia ingin kembali ke dunia lakonan, saya tetap akan menerimanya dengan hati terbuka.

Namun, buat Aeril, saya sudah serik dengan sikapnya yang pernah menipu, kononnya pergi belajar agama, tetapi dia pergi berlakon dengan produksi luar, Saya tidak lagi percaya dengannya dan tidak berminat langsung mengambilnya berlakon dengan produksi saya.

Cerita David Teoh lagi, dia bukanlah tidak membenarkan langsung artis di bawah syarikatnya untuk bercinta, tetapi biarlah hanya jika melepasi tahap kematangan serta sudah pandai membezakan yang baik dengan yang buruk. Contoh yang diberi oleh David ialah Lisa Surihani dan Intan Ladyana. Dan paling penting, jangan disorokkan percintaan tersebut.

David juga memberitahu, dia membenarkan Wawa bercuti panjang sebelum ini setelah Wawa memberikan alasan mahu berubat kerana ‘penyakit misteri’. Pihaknya pernah cuba memberi bantuan kepada Wawa berkenaan ‘penyakit misteri’ itu, namun ditolak mentah-mentah oleh pelakon tersebut. Tambah David:-

Rupa-rupanya penyakit misteri yang lain.

Untuk artikel penuh, sila dapatkan akhbar Berita Harian hari ini. Menurut laporan tersebut juga, kedua-dua Aeril Zafrel dan Wawa Zainal gagal dihubungi untuk mengulas mengenai perkara tersebut, sama ada melalui panggilan telefon mahupun kiriman SMS.