August 23rd, 2020

Meskipun baru sahaja berumah tangga, namun Miera Liyana ternyata tak mampu melalui fasa kehidupan yang baru itu dengan tenang dek buah mulut netizen yang tak berhenti membuat spekulasi.

Pun begitu, Miera mengakui tidak kisah dengan tanggapan orang terhadap dirinya malahan meminta orang ramai supaya mendoakan masjid yang baru dibina pada 26 Julai lepas.

“Saya tak kisah dikatakan isteri pertama kah, kedua kah atau ketiga kah. Kalau saya isteri pertama kah, kedua kah atau ketiga kah, saya tak rasa saya buat salah.”

miera liyana tidak kisah persepsi netizen

Tambahnya lagi, tiada apa-apa yang disembunyikan olehnya memandangkan dia langsung tidak kisah memanggil rakan media ke majlis persandingannya untuk sama-sama meraikan hari bermakna tersebut.

Pelakon wanita itu turut meluahkan rasa hairan kenapa isu poligami sering digembar-gemburkan di Malaysia ini.

“Kalau poligami saja yang isteri kedua jahat, yang ketiga jahat, pertama pun jahat. Macam dalam drama pula.”

Pun begitu, Miera menyatakan bahawa dia tidak mahu mengiyakan mahu pun menafikan kenyataan tersebut kerana tidak mahu memperbesarkannya lagi.

miera liyana tidak kisah persepsi netizen

Bayangkan tak sampai 24 jam menjadi suami dan isteri, sudah ramai yang membuat andaian sendiri mengenai perkahwinan mereka. Malah Miera akui bahawa dia berasa tertekan dek telahan tidak berasas orang ramai itu.

“Sebagai orang yang baru kahwin tiba-tiba di sosial media orang bercakap sebegitu tentu saja saya terasa. Sebab selepas kahwin orang nak yang indah-indah, tapi saya kena kecam itu yang saya terkejut.”

Pelakon itu juga menggunakan kesempatan ini untuk menafikan segala tuduhan liar yang terpalit ke atas dirinya dan suami disebabkan oleh perkahwinan mereka ini.

“Apa yang saya nak betulkan adalah kebanyakan orang cakap saya dengan suami kahwin atas dasar hubungan syarikat keluarga, kahwin bukan sebab diminta bapa, Roslan anak tujuh dan 10, semua tu tak betul.”

miera liyana tidak kisah persepsi netizen

Apa pun, semoga Miera Liyana dan suami bahagia melalui lembah hidup yang baru ini.

Sumber: Harian Metro

January 3rd, 2017

Agak lama juga kita tidak mendengar sebaran berita mengenai pelakon Miera Liyana. Tiba-tiba sahaja beberapa hari ini nama beliau kembali menjadi bualan  peminat tetapi bukan gosip mahupun kontroversi.

Peminat tertarik dengan foto-foto yang dimuat naik oleh beliau ketika bercuti di sekitar Eropah seperti London, Italy, Switzerland dan Amsterdam.

Ramai yang memuji Miera kelihatan semakin cantik dengan fesyen yang agak sederhana.

Berikut kami kongsikan lagi beberapa foto Miera Liyana yang menarik perhatian ramai dengan membaca entri ini sepenuhnya.

December 17th, 2015

Miera Liyana antara aktres yang sinonim dengan gosip percintaan, pernah dikatakan bercinta dengan Fauzi Nawawi dan Afiq Muiz, kali ini pelakon Memori Cinta Suraya itu didakwa sedang hangat menjalinkan hubungan dengan seorang anak menteri kabinet selepas dilihat muncul bersama dalam satu majlis.

Walaubagaimanapun, Miera menerusi portal mStar Online menafikan perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya kawan biasa.

Saya tidak nafikan mengenali dia tetapi hubungan kami sekadar rakan biasa sahaja dan bukannya pasangan kekasih seperti didakwa.

Bagaimanapun saya tidak boleh menjangkakan apa akan berlaku pada masa hadapan tetapi buat masa sekarang kami memang berkawan sahaja.

Jelas Mira, mereka mula mengenali antara satu sama lelain ketika beliau membintangi sebuah drama terbitan pemuda berkenaan. Semenjak daripada itu, mereka mula berkenalan dan berhubungan sehingga kini.

Buat Miera, anak menteri itu seorang yang sangat baik serta peramah dan mereka sangat selesa bersama. Namun, Miera masih belum memikirkan soal percintaan kerana mahu fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

Dia seorang yang sangat baik dan ramah membuatkan saya selesa berkawan dengannya tambahan pula kami serasi sebagai kawan.

Saya masih muda dan ada perkara lain yang ingin saya lakukan sebelum serius bercinta. Buat masa ini fokus saya adalah kerjaya saya.

Biasalah kalau ada artis wanita yang berkawan dengan anak VVIP pasti ramai yang akan menyangkan mereka bercinta. Kehidupan artis ini memang jumpa macam-macam jenis orang, tetapi siapa tahu mungkin Miera ada jodoh dengan anak menteri yang dikaitkan dengan beliau?

Sumber Berita: mStar Online

September 21st, 2015

Dek kerana kelihatan mesra dan rapat dengan aktor Afiq Muiz, pelakon jelita Miera Liyana terkejut apabila mendengar gosip kononnya beliau didukung oleh Afiq di  KLIA baru-baru ini. Jelas Miera,  kejadian itu tidak pernah berlaku sama sekali dan ia cuma satu salah faham sahaja.

Sebenarnya wanita yang didukung oleh Afiq ialah adik kandung aktor tersebut iaitu Aishah yang tiba-tiba sahaja sesak nafas ketika ingin bertemu dengan adik Miera yang bakal menyambung pelajarannya di London. Aishah sememangnya rapat dengan adik aktres tersebut dan ingin mengucapkan selamat jalan kepada rakannya itu.

Ya Allah, terkejut saya mendengar berita itu dan jelas ia adalah salah faham kerana bukan saya yang didukung Afiq tetapi adik kandungnya sendiri. Afiq bertindak demikian selepas adiknya itu tiba-tiba diserang sesak nafas dan ingin segera membawanya ke klinik.

Saya ke London bersama keluarga untuk menghantar adik yang menyambung pengajian di sana dan mereka datang untuk mengucapkan selamat jalan memandangkan Aisha turut berkawan rapat dengan adik saya.

Namun sebelum kami masuk ke pintu pelepasan Aisha tiba-tiba sesak nafas dan ketika itulah Afiq mendukungnya untuk dibawa ke klinik di tingkat bawah lapangan terbang.

Walaubagaimanapun, keadaan Aishah kini sudah kembali pulih selepas cepat mendapat rawatan di sebuah klinik di KLIA. Faktor cuaca yang berjerebu baru-baru ini membuatkan Aishah diserang sesak nafas.

Dari kanan, adik Miera Liyana & Aishah

Itulah, kalau tidak dapat bezakan Miera Liyana dengan perempuan yang didukung oleh Afiq Muiz tak perlulah nak mengaku anda sebagai saksi mereka berkelakuan sebegitu. Kami yakin walaupun mereka bercinta sekali pun, takkan lah mereka terlalu cerdik nak buat perkara macam tu di khalayak ramai?

Sumber Berita: mStar Online