Bekas Madu Miera Liyana Dapat Hak Penjagaan Sementara 2 Anak, Rosland Dapat Seorang

Hiburan

Bekas Madu Miera Liyana Dapat Hak Penjagaan Sementara 2 Anak, Rosland Dapat Seorang

Bekas madu kepada pelakon Miera Liyana, Adibah Abd Mutalib dilaporkan telah menerima hak penjagaan sementara dua orang anak perempuannya iaitu Nur Liyana, 18 dan Nurin Tasnim,11.

Perkara itu ditetapkan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini di mana bekas suami Adibah, Rosland Othman telah mendapat hak penjagaan untuk anak keempat mereka iaitu Nur Anisa yang berumur 12 tahun.

Advertisement

Ditemui media, Adibah meluahkan rasa syukur dan menghormati keputusan mahkamah yang ditetapkan buatnya.

Saya bersyukur dan menghormati keputusan mahkamah, saya berpuas hati dengan pemilihan anak-anak.

Manakala Rosland didakwa ada meminta pasport kedua anaknya itu namun enggan ditunaikan Adibah gara-gara lelaki itu masih belum menyelesaikan hutang-hutang tertunggak sebelum ini yang ditetapkan mahkamah.

Miera liyana adibah roslandSumber : Instagram  

Rosland turut dilihat hadir bersama ibu mentua yakni ibu Miera Liyana ke mahkamah dan kelihatan tenang.

Terdahulu, perkahwinan selama 28 tahun antara Adibah dan Rosland menemui penghujung setelah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu.

Rosland kemudiannya menikahi aktres Miera Liyana pada 25 Julai 2020 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan pada Mei 2021 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

engku emran
7 months ago

"Nak Cari Isteri Korea Pulak Lepas Ni Bro.." - Perkongsian Engku Emran Di Instagram Cuit Hati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...