“Saya Tak Tahu Apa Dia Nak” – Bekas Isteri Bingung Suami Miera Liyana Teruskan Tuntutan Nusyuz, Sedia Bela Diri

Hiburan

“Saya Tak Tahu Apa Dia Nak” – Bekas Isteri Bingung Suami Miera Liyana Teruskan Tuntutan Nusyuz, Sedia Bela Diri

Bekas madu kepada pelakon Miera Liyana, Adibah Abd Mutalib meluahkan rasa bingung apabila bekas suaminya itu, Rosland Othman tetap meneruskan tuntutan nusyuz terhadap dirinya.

Ujar Adibah, dia tidak tahu apa yang diinginkan Rosland namun bersedia membela diri kerana yakin tidak bersalah.

Advertisement
rosland adibahSumber : Google  

Saya pun tak tahu apa dia nak..Saya sedia untuk membela diri. Saya yakin saya tidak nusyuz.

Adibah berkata demikian ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa bagi perbicaraan kes nusyuz yang disabitkan oleh Rosland terhadap Adibah.

Menurut peguam syarie yang mewakili Adibah, Mohd Junid berkata anak guamnya selaku defendan kes tersebut dikatakan sudah berusaha menyelesaikan tuntutan berkenaan sebelum bercerai.

Walaubagaimanapun, Rosland tetap dengan pendirian untuk meneruskan perbicaraan setelah mendakwa bekas isterinya itu tidak patuh ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Itu hak dia untuk teruskan kes di mahkamah. Mungkin ada alasan tersendiri. Sebagai peguam, saya hanya jalankan tugas membela anak guam.

Terdahulu, Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos yang lalu. Dilaporkan perbicaraan tuntutan nusyuz itu akan disambung semula pada 21 dan 26 September 2023 setelah lelaki itu tidak hadir ke mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Miera liyana
9 months ago

"Masak Sempoi Suami Nak Balik Mengundi" - Miera Liyana Dipuji Pandai Ambil Hati, Masak Lauk Kegemaran Anak Tiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...