April 15th, 2013

Nampaknya kontroversi babak intim antara Rusdi Ramli dan Nora Danish di dalam filem Mencari Cinta masih lagi menjadi topik hangat dunia hiburan. Yang pasti, ramai yang terkejut dengan aksi berani yang dipamerkan oleh kedua-dua pelakon ini. Malah ada yang menyatakan mereka berdua tidak berbaju ketika melakonkan adegan tersebut.

nora danish mencari cinta

Namun Nora Danish menerusi Metro Ahad semalam memberitahu yang dia tidak merasakan ada babak melampaui batas selepas menonton filem tersebut. Kata Nora Danish:-

Selepas menonton filem itu, saya tidak nampak di mana babak menunjukkan apa yang kami lakukan melampaui batas. Yang saya lihat, pengarah mahu ketengahkan cara berkasih sayang selepas berkahwin. Untuk menonjolkan perkara itu, ia diterjemahkan menerusi bahasa tubuh.

nora danish
Malah Nora Danish menafikan spekulasi yang dia tidak berbaju ketika membuat rakaman babak tersebut. Kata Nora lagi:-

Apa jua tanggapan yang dibuat, ia tidak pernah berlaku dan semuanya dilaksanakan dengan menggunakan teknik kesan khas dan gerak badan. Apa yang dipaparkan sesuai dengan jalan cerita. Sebagai pelakon, tentu saya juga memikirkan sensitiviti penonton. Andai apa yang diminta pengarah untuk kami lakukan itu saya rasa tidak masuk akal atau keterlaluan, tentu saya akan menolak.

nora danish
Dengar khabarnya, Rusdi Ramli ini turut kecewa kerana isu ini diberikan fokus untuk publisiti filem ini. Dilaporkan yang Rusdi Ramli tidak hadir ketika majlis pra tonton filem Mencari Cinta kerana kekecewaan tersebut. Semoga selepas ini mana-mana pelakon akan membuat timbang tara sebelum melakonkan adegan sebegini.

March 27th, 2013

Jarang juga filem tempatan menampilkan aksi di ranjang. Dan biasanya aksi ranjang dalam filem pastinya disusuli kontroversi.

Ini pernah berlaku pada filem Ombak Rindu misalnya, dan filem-filem sebelumnya yang sepertinya. Kontroversi terbaru yang melibatkan aksi ranjang dalam filem ialah melalui filem Mencari Cinta . Dalam treler filem ini, jelas ditampilkan satu senario di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas ranjang dengan mesra.
Tidak pasti apa sebenarnya signifikan aksi seperti ini dalam filem Melayu. Mungkin ini satu cara menarik perhatian penonton kepada filem lantas mereka akan menontonnya? Apa pun, Rusdi Ramli awal-awal lagi menyatakan kepada Harian Metro yang dia hanya mengikut tuntutan pengarah untuk menjayakan filem tersebut.

Tidak dinafikan melalui sedikit prebiu melalui treler, lakonan Rusdi dan hot mama Nora nampak realistik, seperti suami isteri yang sebenar lagaknya. Dan memang juga tugas para pelakon untuk membawa dan menghidupkan watak mereka sebaik mungkin.

Filem Mencari Cinta diarahkan oleh Shirin Khuzaimi dan dijangka mulai ditayangkan pada 25 April ini.

Bagi yang masih belum menonton, boleh saksikan treler filem Mencari Cinta di bawah:-

***