Written by AbangNara | April 15th, 2013

Nampaknya kontroversi babak intim antara Rusdi Ramli dan Nora Danish di dalam filem Mencari Cinta masih lagi menjadi topik hangat dunia hiburan. Yang pasti, ramai yang terkejut dengan aksi berani yang dipamerkan oleh kedua-dua pelakon ini. Malah ada yang menyatakan mereka berdua tidak berbaju ketika melakonkan adegan tersebut.

nora danish mencari cinta

Namun Nora Danish menerusi Metro Ahad semalam memberitahu yang dia tidak merasakan ada babak melampaui batas selepas menonton filem tersebut. Kata Nora Danish:-

Selepas menonton filem itu, saya tidak nampak di mana babak menunjukkan apa yang kami lakukan melampaui batas. Yang saya lihat, pengarah mahu ketengahkan cara berkasih sayang selepas berkahwin. Untuk menonjolkan perkara itu, ia diterjemahkan menerusi bahasa tubuh.

nora danish
Malah Nora Danish menafikan spekulasi yang dia tidak berbaju ketika membuat rakaman babak tersebut. Kata Nora lagi:-

Apa jua tanggapan yang dibuat, ia tidak pernah berlaku dan semuanya dilaksanakan dengan menggunakan teknik kesan khas dan gerak badan. Apa yang dipaparkan sesuai dengan jalan cerita. Sebagai pelakon, tentu saya juga memikirkan sensitiviti penonton. Andai apa yang diminta pengarah untuk kami lakukan itu saya rasa tidak masuk akal atau keterlaluan, tentu saya akan menolak.

nora danish
Dengar khabarnya, Rusdi Ramli ini turut kecewa kerana isu ini diberikan fokus untuk publisiti filem ini. Dilaporkan yang Rusdi Ramli tidak hadir ketika majlis pra tonton filem Mencari Cinta kerana kekecewaan tersebut. Semoga selepas ini mana-mana pelakon akan membuat timbang tara sebelum melakonkan adegan sebegini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

118 responses to Pengarah Hanya Mahu Ketengahkan Cara Berkasih Sayang – Nora Danish

  1. parodypasola says:

    alasan apa ni? bila bercakap, sila tepuk dada tanya iman..bukan tanya nafsu..andai kata nora danish kurang bijak, sila belajar..bukan belajar ke arah maksiat, namun ke arah kebaikan. rusi ramli juga begitu..anda lelaki..lelaki jenis apa kah anda? lelaki itu imam..imam jenis mcm mana kah anda? kesemua pihak terlibat dgn penghasilan filem semacam ini diharap dapat mengubah diri anda semua ke arah yg lebih baik, bukan semakin lagho dan semakin ke arah maksiat. kesan adalah sgt besar, kerana anda mempertontonkan hasilan anda kepada khalayak..dan rata2 penonton adalah anak muda melayu Islam..apakah tujuan anda sebenarnya ingin menggalakkan maksiat? harapnya berubahlah semuanya..jgn lagi beri alasan2 dangkal atas kelakuan kamu semua..

  2. […] Pengarah Hanya Mahu Ketengahkan Cara Berkasih Sayang – Nora Danish (115) […]