July 6th, 2015

Disaat hampir semua rakyat Malaysia mengkritik beliau kerana isu memaki hamun peminat di Twitter dan menghina keperibadiaan Azwan Ali, namun seorang sahabat lama tidak mudah untuk melupakan kebaikan rakannya.

Menerusi sebuah status di akaun Instagram miliknya, Datuk Aznil Hj Nawawi telah meminta agar orang ramai tidak menghina Azwan dan mendoakan yang baik-baik buatnya selain bercerita mengenai perkara baik tentang Azwan.

Berikut luahan dan pendedahan Datuk Aznil Hj Nawawi di Instagram:-

Selamat berangkat menunaikan ibadah umrah [email protected] Bertuah sungguh insan ini kerana sering dijemput Allah ke rumahNya setiap kali Ramadhan. Dalam kekurangan kita sebagai hambanya, Allah sahaja yang tahu kelebihan insan ciptaanNya. Kita yang menghina seseorang insan itu, cuba lihat di dalam diri kita, adakah kita mendapat kelebihan dan keistimewaan seperti itu? Kita senang menghina seseorang sedangkan Tuhan jadikan dia sebagai dugaan untuk kita. Bersabar kah kita dengan dugaan sekecil itu dan betapa ia menilai hati, minda dan mulut kita?

Kalau tiada insan bernama Azwan Ali, dapat kah kita belajar dari kesilapan dan kekurangannya? Bersyukurlah dengan insan seperti dia kerana dia, kita banyak kutip pengajaran yang sangat bernilai. Doakan yang elok2 aje sebab pastinya adanya hikmah yang tersembunyi. Cuba tanya, adakah kejadian yang diturunkan itu satu ujian untuk Azwan atau untuk kita yang terlibat mengutuknya? Di sepuluh malam terakhir dan sepuluh hari terakhir Ramadhan, saya haramkan anda menurunkan komen negatif pada posting ini! Doakan yang elok2 untuk sahabatku Azwan Ali agar dia dan kita dapat bertemu Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah SWT.

Untuk pengetahuan, Azwan lah orang yang tidak pernah lupa mendoakan Paknil, keluarga paknil dan kesihatan ibu Paknil Norbaiti bila berada di tempat mustajab di Baitullah. Ramai yang maklum keadaan ibu Paknil yang uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum berangkat ke tanah suci, Azwan pasti tanyakan nama penuh ibu paknil untuk diangkatkan doa di hadapan pintu Kaabah dan di Raudah. Maafkan aku juga sahabat jika aku pernah mengumpat, menyakiti dan mengasari mu. Selamat pergi dan kembali dengan kemenangan. Amin.

Manusia sering melakukan kesilapan dan sebenarnya dengan melakukan kesilapan baru kita boleh belajar erti sebenar kehidupan. Dalam setiap perkara yang buruk pasti ada kebaikan yang tersirat juga, doakanlah agar Azwan Ali berubah satu hari nanti.

Sumber Berita: Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi

July 2nd, 2015

Sharnaaz Ahmad memang cukup peka dengan isu semasa  terutama apa yang berlaku di media sosial, terkenal dengan sifat lantang bersuara dan  tidak berselindung dalam memberikan pendapatnya.

Baru-baru ini, Sharnaaz telah memuat naik sebuah foto di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen yang agak panjang seakan ingin memberikan nasihat dan teguran buat seseorang. Namun, wujud juga elemen sindiran didalam karangan tersebut dan membuatkan peminat tertanya ia ditujukan buat sapa.

Berikut adalah kapsyen Sharnaaz di Instagram:-

Picture ehsan dari twitter.. Kita hidup atas dunia ni jangan lupa diri, jgn riak, jgn takabbur .. Aku sedar aku pun kadang kadang terlupa diri.. Biasalah kita manusia, sentiasa melakukan kesilapan, tapi kalau kita ulang kesilapan tu dua kali kita kurang sikit dari manusia, up sikit dari binatang..

Kalau kita ulang lagi sekali kita lagi rendah dari binatang, up sikit dari najis binatang.. Muhasabhkan otak dan zat pinjaman Allah SWT.. Jangan riak, satu kali Allah tarik nikmat, nak bercakap pun tak boleh bos.. Tak mau sebut nama, tapi sendiri mau ingat lah.. Kali ni aku berhenti mendoakan mu.. Kerana biar Allah tentukan nasib mu.. Ok.. Itu mukadimah ja.. Kembali pada business ketum kita, memandangkan ianya diharamkan di malaysia, namun segelintir pihak masih mengamalkan nya..

Jangan tanam, jangan petik.. Kalau dah siap bancuh, minum saje lehh  kami org utara tau kesihatannya bukan nak stim, so di hari raya nanti diharapkan supply ketum dapat menampung demand yg banyak.. Kihkih.. Sekadar gurauan.. Jangan esok aku dok dalam pulak sembang pasai ni.. Pi tangkap kera yg suka memekak tuh.. Salam ramadhan #watchmenaenae #anakantoopenang

Setelah membaca setiap ayat tersebut beberap pengikut di laman sosial menyatakan ia jelas ditujukan buat Azwan Ali atas kes beliau memaki hamun salah seorang peminatnya di Twitter.

Tidak pasti ia benar ataupun tidak ia ditujukan buat Diva AA tetapi kami rasa teguran Sharnaaz itu mempunyai maksud yang cukup mendalam. Apa pula pendapat anda?

 

 

 

 

July 1st, 2015

Mufti negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berpendapat tindakan yang agak biadap pengacara popular Azwan Ali yang telah memaki hamun salah seorang pengikut beliau di Twitter sama sekali tidak menggambarkan sifat seorang Muslim sebenar dan menunjukkan ciri-ciri golongan fasik.

Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa. Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.

Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk.

Dr Harussani mengulas kontroversi hangat Azwan Ali memaki hamun peminatnya di Twitter yang mencadangkan beliau untuk mencuba stik terbaik di Me’nate Steak Hub selepas selebriti itu bertanyakan dimanakah tempat yang sedap untuk mendapatkan hidangan berkenaan.

Tidak tahu akan kewujudan restoran tersebut Azwan menyangka pengikutnya yang menggunakan tweethandle @NurAziraWA memanggilnya ‘binatang’ dalam loghat Kelantan. Akibatnya wanita itu terus diherdik dan dicaci oleh selebriti tersebut secara membabi buta.

Sementara itu kata Dr Harussani, Azwan juga diminta menghayati surah al-Hujurat yang jelas meminta orang-orang yang beriman untuk menjauhi sifat banyak prasangka buruk kepada orang lain.

Ayat di dalam surah itu jelas meminta orang-orang yang beriman supaya tidak mencari-cari kesalahan dan keaiban orang selain tidak mengumpat.

Bak kata pepatah fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, semoga ia menjadi pengajaran buat semua orang agar tidak berlagak pandai dalam setiap perkara.

Sumber Berita: Astro Awani

 

 

 

June 29th, 2015

Kes Azwan Ali ataupun  yang terkenal dengan panggilan Diva AA di kalangan peminatnya memaki hamun salah seorang pengikut laman sosial Twitter yang mencadangkan beliau untuk mencuba stik terbaik di Me’nate Steak Hub.

Tidak tahu akan kewujudan restoran tersebut Azwan menyangka pengikutnya yang menggunakan tweethandle @NurAziraWA memanggilnya ‘binatang’ dalam loghat Kelantan. Akibatnya wanita itu terus dimaki hamun oleh selebriti tersebut secara membabi buta.

Mengenali Azwan, umum mengetahui beliau lantang dalam bersuara dan tetap akan mempertahankan dirinya. Dalam status terbaru beliau di Instagram, Azwan turut memaki kedai Me’nate Steak Hub  yang dikatakan tidak setaraf kedai stik yang lain.

Berikut adalah kenyataan terbaru Azwan:-

Ramai sebenarnya yang terkejut dengan komen Azwan berhubung isu tersebut dan sikap ego beliau yang tetap tidak mahu mengaku salah walhal sudah jelas beliau telah melakukan kesilapan.

Kami tidak terkejut apabila melihat rekasi Azwan Ali mengenai perkara berkenaan. Azwan dan gosip memang tidak dapat dipisahkan lagi. Apa-apa pun, pengajarannya di sini seeloknya anda meneliti dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak untuk menghentam orang lain agar anda tidak dimalukan akhirnya..