Mufti Perak Tegur Azwan Ali Maki Peminat Di Twitter

Hiburan

Mufti Perak Tegur Azwan Ali Maki Peminat Di Twitter

Mufti negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berpendapat tindakan yang agak biadap pengacara popular Azwan Ali yang telah memaki hamun salah seorang pengikut beliau di Twitter sama sekali tidak menggambarkan sifat seorang Muslim sebenar dan menunjukkan ciri-ciri golongan fasik.

Advertisement

Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa. Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.

Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk.

Dr Harussani mengulas kontroversi hangat Azwan Ali memaki hamun peminatnya di Twitter yang mencadangkan beliau untuk mencuba stik terbaik di Me’nate Steak Hub selepas selebriti itu bertanyakan dimanakah tempat yang sedap untuk mendapatkan hidangan berkenaan.

Tidak tahu akan kewujudan restoran tersebut Azwan menyangka pengikutnya yang menggunakan tweethandle @NurAziraWA memanggilnya ‘binatang’ dalam loghat Kelantan. Akibatnya wanita itu terus diherdik dan dicaci oleh selebriti tersebut secara membabi buta.

Sementara itu kata Dr Harussani, Azwan juga diminta menghayati surah al-Hujurat yang jelas meminta orang-orang yang beriman untuk menjauhi sifat banyak prasangka buruk kepada orang lain.

Ayat di dalam surah itu jelas meminta orang-orang yang beriman supaya tidak mencari-cari kesalahan dan keaiban orang selain tidak mengumpat.

Bak kata pepatah fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, semoga ia menjadi pengajaran buat semua orang agar tidak berlagak pandai dalam setiap perkara.

Sumber Berita: Astro Awani

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...