October 1st, 2019

Setiap orang pasti akan melalui detik hitam dalam hidup mereka, begitulah juga dengan pelakon Norman Hakim yang mengakui dia pernah melakukan percubaan untuk membunuh diri selepas bercerai dengan bekas isterinya, Abby Abadi lapan tahun lalu.

norman hakim bunuh diri

Menurut Norman, ketika itu dia hilang pertimbangan diri apabila rumah tangganya gagal diselamatkan dan terpisah dari anak-anak.

Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak. Bila saya hilang keluarga , maknanya saya mati. Masa tu bila betul-betul keluarga hilang, rasa gelap dunia dan bernafas pun rasa tak guna.

Mengenang kembali apa yang berlaku, sehingga hari ini rasa bersalah dan berdosa menyelubungi dirinya. Namun, peristiwa itulah juga menjadi titik permulaan perubahan dalam hidupnya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Kemudian terus telefon mak dan ayah untuk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas salah silap saya selama ini. Tidak lama selepas itu saya terus terlelap tak sedar diri dan hanya sedar kembali pada jam 9 pagi kemudian terus berkata ‘eh aku hidup balik?’

norman hakim

Kemudian ia terus menjadi turning point dalam hidup saya kerana Allah telah bagi peluang untuk saya hidup dan bertaubat kepadanya.

Jadikan perkongsian Norman ini sebagai iktibar kepada masyarakat. Janganlah tersilap langkah walau macam mana perit pun dugaan yang harus dilalui.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Video : YouTube SINAR

Kredit Foto : The Star

September 30th, 2019

Pelakon Abby Abadi pada Jumaat lalu selamat melahirkan seorang bayi lelaki pramatang seberat 535 gram secara pembedahan. Buat masa ini, bayi yang digelar Baby D masih dalam pemantauan doktor dan diletakkan di wad NICU (wad penjagaan intenstif untuk bayi) selepas doktor memaklumkan dalaman tubuhnya tidak begitu kuat.

abby abadi lahirkan bayi pramatang

Dilahirkan pada usia kandungan baru sahaja mencecah 24 minggu, Baby D memerlukan penjagaan rapi termasuklah mempunyai keperluan susu ibu yang secukupnya.

Menerusi perkongsian Memey Suhaiza di Instagram, dia juga turut membantu Abby dengan membekalkan susu badannya untuk Baby D membesar dengan sihat.

Rata-rata netizen tersentuh melihat keakraban hubungan mereka berdua. Memuji betapa ikhlasnya hati Memey  membantu meringankan beban Abby.

abby abadi memey suhaizamemey suhaiza ibu susuan anak abby abadiabby abadi memey suhaizabayi pramatang abby abadiabby abadiSemoga keharmonian dan ikatan silatulrahim mereka kekal sampai bila-bila. Sama-sama juga kita doakan segalanya dipermudahkan agar Baby D juga terus sihat.

Sumber Berita : Media Hiburan