Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sentiasa Cantik Depan Suami Walaupun Duduk Di Rumah, Memey Suhaiza Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia

Memey Norman

Pelakon jelita, Memey Suhaiza tampil mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan cantik dan manis meskipun hanya duduk di rumah sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, Memey ada memuat naik sebuah video aktiviti harian di rumah untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosial.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Ujar Memey, dia akan sentiasa bersiap dan memakai pakaian cantik meskipun hanya berada di rumah untuk tampil menarik di hadapan suami.

“Day 2 lockdown, tips nak kekal bersemangat setiap hari. Bangun pagi, bersiap cantik-cantik juga baru kita rasa bersemangat. Takde malas-malas, takkan nak keluar je baru nak cantik. Suami kan ada di rumah, so kita cantik untuk suami..”

Dalam video itu, turut kelihatan suami tersayang, pelakon Norman Hakim yang berada di rumah menjalani PKP bersama-sama anak-anak dan isteri dalam mematuhi SOP PKP 3.0 ketika ini.

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji sikap Memey yang sentiasa berusaha mengambil hati suami dan ada yang turut bersetuju dengan pendapatnya itu.

“Betul, kena cantik-cantik depan suami..” tulis seorang pengguna warga maya.

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Sekadar info, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi,32, telah mendirikan rumah tangga bersama Norman pada September 2011 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim,6, Muhammad Dikhriz Hakim,5, dan Mikayla Delisha Hakim yang kini berusia dua tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Menceceh

    June 5, 2021 at 9:13 pm

    Yg ngko pun tak pyh la nk membukak AIB org. Yg sudah Tu sudah la. Kang Allah bukak AIB ko, seinci pun tak mampu ko nak tutup. Semua Tu sudah tertulis. Ko jage je keturunan ko spy suci murni Tanpa sezarah dosa.

  2. Anonymous

    June 5, 2021 at 4:34 pm

    Terlalu awal kau nak bagi tips. Rumahtangga pun belum masuk 50 tahun. Belum lagi bercucu cicit. Yg penting jgn ambil laki orang

  3. Anonymous

    June 5, 2021 at 7:39 am

    takut pulakan laki berkhalwat lagi nanti ramai lagi abby baru kan nak pujuk tunjuk kemesraan.
    yg penting jaga anak tu nanti menurun sikap emak bapanya berzina belakang isteri berpantang kan memey, norman.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top