December 4th, 2017

Kehangatan malam persandingan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob yang diadakan minggu lalu masih lagi menjadi bualan ramai.

Terbaru, persembahan tarian gelek Mawar di majlis tersebut mengundang kecaman netizen yang menganggap Mawar sepatutnya tidak menari sebegitu didepan orang ramai. Lebih elok untuk menjadi tatapan suaminya di dalam bilik sahaja.

Ramai yang kecewa kerana majlis perkahwinan tersebut terlalu ingin mengikut budaya barat sehingga melupakan nilai serta adab sebagai seorang Muslim.

Tidak salah untuk menari di majlis resepsi perkahwinan asalkan koreografinya tidak terlampau dan mengundang fitnah serta kritikan. Apa pula pendapat korang?

December 4th, 2017

Beberapa hari lepas, telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pasangan Raf Yaakob dan Mawar Rashid yang cukup mewah dan meriah di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Meskipun ramai sekali tetamu yang hadir termasuk VIP dan rakan artis, Raf menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewa kerana dua orang anaknya Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela tidak dapat hadir ke majlis penuh bermakna buat dirinya itu.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Raf, beliau seakan mendakwa bekas isterinya, Maria Suleiman menghalang anak-anaknya itu untuk hadir ke majlis tersebut.

Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Maria tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa anak perempuannya, Raysaa sedang demam panas, batuk dan mengalami sakit tonsil yang teruk. Malah, Maria juga mendakwa Raf tidak memberitahu dengan lebih awal beliau mahu megambil anak-anaknya untuk hadir ke majlis resepsi bersama Mawar.

Maria meminta agar pihak yang berkenaan berhenti membuat sebarang tuduhan tidak berasas ataupun berdrama kerana sebelum ini beliau Maria tidak kisah dan membenarkan  kedua-dua anaknya itu hadir ke majlis pernikahan Raf dan Mawar.

Kami rasa ini cuma satu salah faham sahaja dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.  Maria juga sudah menjelaskan perkara yang sebenar dan tidak perlulah ia dipanjangkan lagi.