October 30th, 2013

Untuk makluman anda, juara rancangan Masterchef musim pertama, Dr. Ezani Farhana Md Monoto telah melangsungkan pernikahan pada 28 September lepas dengan Dr. Mohd Azrai Abu  dan kemudian majlis resepsi mereka telah berlangsung pada 19 Oktober lepas di Bukit Mahkota, Melaka. Koleksi gambar dalam entri ini ialah set gambar perkahwinan dari jurugambar rasmi mereka, Amalina Tuna Photography.


 photo 1385986_655141921173424_716814867_n.jpg

Untuk makluman anda, set gambar Dr. Ezani dengan baju warna beige ialah gambar dari majlis pernikahan manakala set gambar dengan baju hijau muda ialah dari majlis resepsi. Mereka yang berminat boleh menonton video pernikahan Dr. Ezani dan Dr. Azrai yang romantik ini:-

 

Video pernikahan ini dihasilkan oleh Ridzuan Azizah (Wedding Films). Sila like fanpage mereka beramai-ramai. Lagi 54 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.



 photo 1422527_655142097840073_1936410852_n.jpg
 photo 1395451_655177791169837_1584917388_n.jpg
 photo 1391753_655178121169804_2054501388_n.jpg
 photo 1395346_655141977840085_6688700_n.jpg
 photo 1392003_655178554503094_372310676_n.jpg
 photo 1391436_655178814503068_1218405040_n.jpg
 photo 1391515_655178354503114_772000415_n.jpg
 photo 1391474_655178134503136_151167782_n.jpg
 photo 1385125_655141967840086_1586487268_n.jpg
 photo 1382928_655179074503042_1287748017_n.jpg
 photo 1386011_655177931169823_7372627_n.jpg photo 1385352_652881451399471_423163318_n.jpg
 photo 1383657_655178961169720_864229925_n.jpg
 photo 1383611_652881404732809_1949575477_n.jpg
 photo 1381424_652881408066142_473532040_n.jpg
 photo 1382839_655178937836389_1363197860_n.jpg
 photo 1381256_655178291169787_1972930957_n.jpg
 photo 1382121_652881601399456_1943127989_n.jpg
 photo 1379802_655178864503063_1312270069_n.jpg
 photo 1381602_655177787836504_98461033_n.jpg
 photo 1378876_652881438066139_688828343_n.jpg
 photo 1380321_652881401399476_492249498_n.jpg
 photo 1379650_655141924506757_126432371_n.jpg
 photo 1381158_652881541399462_1890261156_n.jpg
 photo 1378489_655141917840091_440459450_n.jpg
 photo 1378132_655178287836454_1070599852_n.jpg
 photo 1378464_655179091169707_128515279_n.jpg
 photo 1377313_652881514732798_1948778254_n.jpg
 photo 1376616_655142067840076_1268716588_n.jpg
 photo 1377407_652881608066122_1123885414_n.jpg
 photo 1377356_655179131169703_1371754372_n.jpg
 photo 1376371_655179031169713_386887656_n.jpg
 photo 1376525_655178081169808_1051286138_n.jpg
 photo 1376313_652881534732796_1096294112_n.jpg
 photo 1375035_652881458066137_1351705706_n.jpg
 photo 1376322_655178461169770_1523256393_n.jpg
 photo 1186138_655179174503032_625143614_n.jpg
 photo 1186052_655178001169816_274448126_n.jpg
 photo 1005005_655142044506745_1596002772_n.jpg
 photo 1148838_655178357836447_898436333_n.jpg
 photo 944293_655178731169743_1289567238_n.jpg
 photo 941301_655141971173419_560046009_n.jpg
 photo 994637_655177784503171_1184953180_n.jpg
 photo 994942_655178321169784_1948143158_n.jpg
 photo 603982_655178907836392_1039542923_n.jpg
 photo 734383_655178411169775_1945337690_n.jpg
 photo 581769_655178761169740_1723897573_n.jpg
 photo 603134_655178994503050_896452843_n.jpg
 photo 734357_655177907836492_49012834_n.jpg
 photo 543837_655178874503062_773125398_n.jpg
 photo 76382_655178551169761_438285601_n.jpg
 photo 558577_655178677836415_1943991761_n.jpg
 photo 600878_655178774503072_615366298_n.jpg
 photo 62710_655177934503156_368020998_n.jpg

June 25th, 2013

Ternyata keputusan Rozita Che Wan untuk bertanding di dalam MasterChef Selebriti 2 adalah satu keputusan yang tepat. Ini kerana banyak peminat jatuh cinta dengan sikap yang ditunjukkan oleh Che Ta sepanjang di dalam program tersebut. Memang bukan seperti yang disangka.

che ta masterchef

Jadi apabila diumumkan penyingkiran Rozita Che Wan daripada MasterChef Selebriti 2 semalam, banyak peminat yang melahirkan kekecewaan mereka. Rupa-rupanya ramai yang mahu melihat Che Ta bertarung di pusingan akhir. Sayangnya rezeki tidak berpihak kepada bakal isteri Zain Saidin ini. Sedih pun ada jugak kan?

che ta masterchef

Pusingan akhir akan menyaksikan Celina dan Syura bertarung untuk menentukan gelaran juara. Dengar-dengar cerita, keputusan sudah pun bocor dan pemenangnya ialah Syura. Nak tahu betul atau tidak, sama-samalah kita nantikan. Beberapa keping lagi gambar comel Rozita Che Wan memakai apron dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Hyundai Santa Fe 2013 telah dilancarkan di Malaysia

che ta masterchef
che ta masterchef
che ta masterchef
che ta masterchef
che ta masterchef
che ta masterchef
che ta masterchef
che ta masterchef

April 30th, 2013

Untuk anda yang tidak tahu, rancangan Masterchef Selebriti 2 dirakamkan terlebih dahulu sebelum ditayangkan di Astro Ria. Jadi pelbagai “editing” boleh dilakukan untuk sesebuah episod. Kemungkinan besar kerana suntingan tersebut, Zain Saidin kelihatan sangat kurang ajar di dalam episod penyingkirannya.

zain saidin

Berkata kepada MediaHiburan, Zain memberitahu yang dirinya dipergunakan dan dijadikan watak jahat di dalam program ini. Kata Zain:-

Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh ‘real’, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah. Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan

zain saidinMungkin kata-kata Zain ada kebenarannya di situ. Kita tidak tahu babak apakah yang telah disunting keluar. Perkara sebegini memang biasa terjadi untuk menaikkan lagi rating sesebuah program. Malah menurut Zain, dia pada mulanya enggan menyertai rancangan ini kerana tidak pandai memasak.

Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta. Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Selepas ini Zain kenalah memperbaiki balik reputasi dirinya yang telah jatuh akibat Masterchef Selebriti 2. Tunjukkan kembali sikap baik, menghormati orang tua dan kejujuran anda. Yang penting, jangan berdendam dan lupakanlah apa yang telah berlaku.

April 29th, 2013

Episod Masterchef Selebriti Malaysia 2 semalam memang hangat. Rata-rata yang menyaksikan episod tersebut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Zain Saidin. Zain dilihat tidak menghormati para chef, bersikap kurang ajar dan melawan cakap.

zain masterchef

Hampir kesemua penonton melahirkan rasa kegembiraan mereka melihat Zain Saidin tersingkir daripada saingan pada episod kali ini. Nampak gayanya, semua sudah tidak tahan melihat perangai kurang ajarnya. Antara reaksi penonton yang boleh dibaca di Facebook ialah:-

zain masterchef

Malah Lydiawati, seorang peserta Masterchef Selebriti 2 berkata “Saya menangis bukan sebab Zain tersingkir, tapi Zain tak hormat juri dan agak sedikit biadab“. Sementara itu Che Ta, kekasih Zain pula berkata “Bila tengok Zain melangkah pergi, rasa macam nak ikut sekali“. Romantik juga Che Ta ini sebenarnya. Hehehe ~~

zain masterchef
Apa pun kita selaku rakyat Malaysia punya adab budaya yang tinggi. Kalau tidak bersetuju dengan pendapat para chef, luahkan dengan cara yang betul. Bukan dengan melawan kata-kata dan melihatkan ketidakmatangan kita. Apa pula kata anda?

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI