April 30th, 2013

Untuk anda yang tidak tahu, rancangan Masterchef Selebriti 2 dirakamkan terlebih dahulu sebelum ditayangkan di Astro Ria. Jadi pelbagai “editing” boleh dilakukan untuk sesebuah episod. Kemungkinan besar kerana suntingan tersebut, Zain Saidin kelihatan sangat kurang ajar di dalam episod penyingkirannya.

zain saidin

Berkata kepada MediaHiburan, Zain memberitahu yang dirinya dipergunakan dan dijadikan watak jahat di dalam program ini. Kata Zain:-

Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh ‘real’, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah. Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan

zain saidinMungkin kata-kata Zain ada kebenarannya di situ. Kita tidak tahu babak apakah yang telah disunting keluar. Perkara sebegini memang biasa terjadi untuk menaikkan lagi rating sesebuah program. Malah menurut Zain, dia pada mulanya enggan menyertai rancangan ini kerana tidak pandai memasak.

Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta. Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Selepas ini Zain kenalah memperbaiki balik reputasi dirinya yang telah jatuh akibat Masterchef Selebriti 2. Tunjukkan kembali sikap baik, menghormati orang tua dan kejujuran anda. Yang penting, jangan berdendam dan lupakanlah apa yang telah berlaku.


Comments are closed.

Loading...