April 29th, 2013

Episod Masterchef Selebriti Malaysia 2 semalam memang hangat. Rata-rata yang menyaksikan episod tersebut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Zain Saidin. Zain dilihat tidak menghormati para chef, bersikap kurang ajar dan melawan cakap.

zain masterchef

Hampir kesemua penonton melahirkan rasa kegembiraan mereka melihat Zain Saidin tersingkir daripada saingan pada episod kali ini. Nampak gayanya, semua sudah tidak tahan melihat perangai kurang ajarnya. Antara reaksi penonton yang boleh dibaca di Facebook ialah:-

zain masterchef

Malah Lydiawati, seorang peserta Masterchef Selebriti 2 berkata “Saya menangis bukan sebab Zain tersingkir, tapi Zain tak hormat juri dan agak sedikit biadab“. Sementara itu Che Ta, kekasih Zain pula berkata “Bila tengok Zain melangkah pergi, rasa macam nak ikut sekali“. Romantik juga Che Ta ini sebenarnya. Hehehe ~~

zain masterchef
Apa pun kita selaku rakyat Malaysia punya adab budaya yang tinggi. Kalau tidak bersetuju dengan pendapat para chef, luahkan dengan cara yang betul. Bukan dengan melawan kata-kata dan melihatkan ketidakmatangan kita. Apa pula kata anda?

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI


Comments are closed.

Loading...