May 20th, 2012

Rasanya semua sudah tahu yang kini bergelar semi jutawan setelah berjaya membawa pulang RM500,000 dengan menjadi juara di MANIA. Abang Nara paling suka persembahan Hafiz ketika menyanyikan lagu I Believe I Can Fly. Meremang sedikit bulu roma Abang Nara.
mf
Walaupun agak ramai yang tidak berpuas hati dengan kedudukan Jac di tempat ketiga, namun perlu diingatkan bahawa segalanya bergantung kepada undian daripada penonton. Rasanya sebelum keputusan diumumkan pasti akan ada auditor yang mengesahkan jumlah undian. Apa pun, sememangnya Hafiz layak dinobatkan sebagai juara MANIA.

Lagi 30 keping gambar sekitar konsert akhir MANIA dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf

mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf
mf

May 18th, 2012

Sabtu ini, jam 9 malam, di saluran Astro Ria 104, akan bermulalah episod akhir program MANIA sekaligus bakal menyaksikan juara pertama MANIA akan dinobatkan. Siapakah di antara Stacy, Jac, Aril, Hafiz dan Hazama yang anda rasakan bakal membawa pulang RM500,000? Berdebar jugak Abang Nara dibuatnya.

juara mania

Pendapa Abang Nara, pertandingan akhir ini adalah pertarungan di antara Jac dan Hafiz. Kedua-duanya memang mempunyai keupayaan vokal yang amat hebat. Namun perlu diingatkan yang keputusan MANIA adalah berdasarkan undian SMS. Jadi sesiapa pun mampu bergelar juara. Mungkinkah Aril akan membuat kejutan?

juara mania

Berikut ialah lagu-lagu yang bakal dinyanyikan oleh 5 finalist MANIA:-

1. Hafiz – I BELIEVE I CAN FLY (R Kelly) dan BERIBU SESALAN (3 Suara) duet SITI SARAH
2. Hazama – SAAT KU IDAMKAN (Search) dan KEPADAMU KEKASIH duet HATTAN
3. Stacy – TAKKAN MELUPAKANMU (Radja) dan CINTA (Melly Goeslaw/Krisdayanti) duet FIQ
4. Aril – STARLIGHT (Muse) dan ISABELLA 98 duet ARI LASSO
5. Jac – KENANGAN TERINDAH (Samson) dan ARJUNA (Dewa 19) duet TIAR JINBARA

Jadi siapakah pilihan anda untuk bergelar juara MANIA Sabtu ini?

May 12th, 2012

Akhirnya 5 finalist ke konsert terakhir Mania telah pun diketahui. Setelah persembahan daripada kelapan-lapan peserta, Shila Amza, Ebi dan Adira telah tersingkir. 5 peserta yang layak ialah Jac, Stacy, Aril, Hafiz dan Hazama. Tentunya kejutan yang paling besar ialah penyingkiran Shila Amzah yang dilihat sebagai feveret.

shila amzah

Namun Abang Nara pasti ramai yang bersorak gembira apabila nama Ebi tidak berjaya melangkahkan diri ke konsert final. Walaupun mendapat tempat kedua ketika undian diumumkan semasa permulaan konsert, nampaknya undian akhir tidak memihak kepada Ebi.

Pastinya konsert final minggu depan akan menjanjikan persaingan hebat dengan kelima-lima finalist bakal berentap untuk merebut wang tunai RM500,000. Siapakah yang bakal bergelar juara Mania? Sama-sama kita nantikan.

May 12th, 2012

Minggu lepas menyaksikan kejutan yang agak besar di dalam Mania apabila Alyah diumumkan tersingkir. Oleh kerana minggu hadapan adalah minggu final dan peserta Mania masih berbaki 8 orang, minggu ini bakal menyaksikan 3 penyingkiran sekaligus berlaku. Fuh, memang mendebarkan untuk mengetahui siapakah 5 finalist yang bakal berentap nanti.

alyah tersingkir

Minggu ini sekali lagi menyaksikan Ebi, Hazama, Hafiz, Adira, Jac, Stacy, Aril dan Shila Amzah akan menyanyikan lagu-lagu malar segar untuk anda semua. Antara pilihan lagu yang menarik bagi Abang Nara ialah Hafiz yang bakal membawa lagu Kaulah Segalanya dan If You’re Not The One. Pastinya Hafiz akan cuba memberi feeling 100% untuk lagu-lagu tersebut.

Apa pun Abang Nara rasakan yang minggu ini Ebi, Aril dan Hazama akan tersingkir. Apa pula kata anda? Jangan lupa saksikan konsert Mania esok (Sabtu) pada jam 9 malam di Astro Ria saluran 104. Sama-sama kita tengok siapakah yang akan ke final sekaligus berpeluang membawa pulang RM500,000.

P.S: Minggu ini Yuna akan memberikan persembahan sebagai penyanyi jemputan. Sila excited!!!