May 12th, 2012

Minggu lepas menyaksikan kejutan yang agak besar di dalam Mania apabila Alyah diumumkan tersingkir. Oleh kerana minggu hadapan adalah minggu final dan peserta Mania masih berbaki 8 orang, minggu ini bakal menyaksikan 3 penyingkiran sekaligus berlaku. Fuh, memang mendebarkan untuk mengetahui siapakah 5 finalist yang bakal berentap nanti.

alyah tersingkir

Minggu ini sekali lagi menyaksikan Ebi, Hazama, Hafiz, Adira, Jac, Stacy, Aril dan Shila Amzah akan menyanyikan lagu-lagu malar segar untuk anda semua. Antara pilihan lagu yang menarik bagi Abang Nara ialah Hafiz yang bakal membawa lagu Kaulah Segalanya dan If You’re Not The One. Pastinya Hafiz akan cuba memberi feeling 100% untuk lagu-lagu tersebut.

Apa pun Abang Nara rasakan yang minggu ini Ebi, Aril dan Hazama akan tersingkir. Apa pula kata anda? Jangan lupa saksikan konsert Mania esok (Sabtu) pada jam 9 malam di Astro Ria saluran 104. Sama-sama kita tengok siapakah yang akan ke final sekaligus berpeluang membawa pulang RM500,000.

P.S: Minggu ini Yuna akan memberikan persembahan sebagai penyanyi jemputan. Sila excited!!!


44 responses to “Siapa 3 Peserta Mania Bakal Ikuti Jejak Alyah Dan Tersingkir Minggu Ini?”

  1. ak yg comel suka mengampu kipas susah mati neelofa says:

    baca jer apa yg nara tulis sekadar mengisi masa lapang….

  2. wahlau says:

    dah tak relevant rancangan astro ni, kunun nak ganti AF………uuuuuwekkkkk

Loading...