Written by Bella | November 6th, 2019

Kehilangan bekas anggota Too Phat, Malique secara misteri dalam industri hiburan menjadi perbualan ramai sejak kumpulan terbabit berpecah pada 2005. Walaupun, muncul dengan karya lagu-lagu baru, Malique lebih selesa memencilkan diri dan tidak pernah membuat persembahan di atas pentas ataupun hadir ke mana-mana majlis hiburan.

malique

Pelbagai spekulasi tercetus termasuk dakwaan mengatakan dia menghidap penyakit misteri.

Namun, pada petang Selasa (semalam),  foto Malique bersama keluarga tular di media sosial.

foto terkini maliquefoto terkini malique

Meskipun foto tersebut dirakam dari jarak jauh, netizen tetap dapat mengenali wajah Malique yang terkenal dengan gelaran The General. Ada yang berkata, kononya itu adalah penampilan terkininya.

Bagaimanapun, timbul perdebatan di kalangan warganet. Mereka mendakwa foto yang tersebar itu sebenarnya adalah foto lama Malique. Malah, ada netizen yang mengakui sering terserempak dengan penyayi rap dan komposer terkenal itu menghantar anaknya ke sekolah dan berada dalam keadaan sihat.

maliquemaliqueNampaknya tiada apa yang perlu dirisaukan bagi peminat-peminat Malique kerana dia sihat dan hanya mahukan privasi dalam hidupnya. Harapnya perkara itu dapat dihormati dan semoga Malique terus sukses.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | April 26th, 2017

Keterujaan peminat yang mahu menyaksikan lagenda rap, Malique beraksi di pentas AME 2017 bersama Dayang Nurfaizah menerusi lagu duet mereka, Pejamkan Mata hanyalah kehampaan semata-mata kerana individu bertopeng yang muncul membuat persembahan bukanlah Malique.

Menurut pihak produksi AME 2017, duet berkenaan hanya rakaman sahaja dan lelaki bertopeng itu hanyalah gimik sahaja.

Malah, kami rasa perkara itu juga disedari oleh netizen kerana pergerakkan Malique ketika menyanyi berbeza sekali dengan lelaki tersebut.

Pihak produksi amat menghormati keputusan Malique untuk tidak muncul di pentas dan hanya mengizinkan rakaman suaranya sahaja.

Memang benar kemunculan beberapa lelaki bertopeng di AME2017 hanyalah gimik semata-mata namun suara yang digunakan ketika persembahan tersebut sememangnya suara Malique. Kami juga rasa bertuah kerana Malique sudi merakamkan suaranya khas untuk AME2017.

Ramai yang merindui kemunculan Malique di kaca televisyen. Kami juga mempunyai perasaan yang sama. Harapnya, satu hari nanti hati Malique akan terbuka untuk muncul kembali demi peminatnya.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by AbangNara | March 30th, 2012

Abang Nara masih tidak berapa pasti sama ada lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan ini sudah diharamkan atau belum. Namun Malique selaku pencipta lagu ini sudah pun mengeluarkan kenyataannya berhubung isu ini. Ternyata Malique amat kecewa dengan apa yang sedang berlaku.

bawaku pergi diharamkan

Di bawah ialah kenyataan penuh Malique:-

Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.

Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.

Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique sudah luahkan isi hatinya. Kalau benar lagu ini sudah diharamkan, marilah kita sama-sama tunggu penjelasan daripada pihak yang mengharamkannya.