“Mengapa Saya Perlu Merayu Pada Dia?” – Joe Flizzow Enggan Cari Malique Sempena Dokumentari ‘This Is Johan’

Hiburan

“Mengapa Saya Perlu Merayu Pada Dia?” – Joe Flizzow Enggan Cari Malique Sempena Dokumentari ‘This Is Johan’

Penyanyi rap Joe Flizzow memaklumkan dia sama sekali tidak akan memaksa rakan seperjuangannya dalam kumpulan Too Phat suatu ketika dahulu iaitu Malique untuk tampil dalam penghasilan dokumentari ‘This Is Johan’.

Kata Joe, dokumentari autobiografi yang mengisahkan tentang dirinya itu tidak memerlukan kerjasama Maliques selaku rakan duonya dalam kumpulan rap terkenal itu.

Advertisement

Mengapa saya perlu merayu kepadanya (Malique) untuk buat dokumentari ini? Saya tidak hubungi dia sebab tahu tiada guna pun kalau saya cari, jawapannya tetap sama.

Ujarnya, dia menghormati pendirian Malique yang ‘menghilangkan diri’ selain lebih selesa bergerak solo dan berada di belakang tabir.

Ramai lagi orang hubungi dia untuk bermacam-macam perkara. Saya hormati keputusannya enggan lagi berada dalam Too Phat, jadi mengapa saya perlu tidak menghormati dia dengan merayu melakukan dokumentari ini?

Lagipun, ini bukan cerita dia walaupun dia sebahagian daripada itu. Ini kisah saya.

Jelas Joe, jika Malique menonton dokumentari tersebut, dia berharap tiada kontroversi akan tercetus kerana selama ini hanya dirinya membuatkan nama Too Phat terus relevan.

Saya harap awak gembira. Sejujurnya siapa yang masih menghidupkan nama Too Phat? Hanya seorang iaitu saya. Saya tidak nampak alasan untuk marah terhadap perkara ini. Sekurangnya saya masih memikirkan mengenai Too Phat.

Sekadar info, Too Phat mula menempa nama sekitar tahun 1998 sebelum Malique dan Joe memilih untuk membawa haluan masing-masing pada tahun 2007.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rozita Che Wan
2 months ago

Didakwa Hina Golongan B40, Rozita Che Wan Kesal Kenyataan Disalah Erti - "Demi Allah, Saya Tak Pernah Kata Begitu!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...