Didakwa Hina Golongan B40, Rozita Che Wan Kesal Kenyataan Disalah Erti – “Demi Allah, Saya Tak Pernah Kata Begitu!”

Hiburan

Didakwa Hina Golongan B40, Rozita Che Wan Kesal Kenyataan Disalah Erti – “Demi Allah, Saya Tak Pernah Kata Begitu!”

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal dengan laporan sesetengah media yang seolah-olah menampakkan dia membuat perbandingan kehidupan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sebagai golongan berada (T20) dengan golongan B40.

Nafi hina golongan B40

Ketika ditemui media, Rozita yang lebih mesra sebagai Che Ta itu berasa kesal dengan penyebaran berita tidak benar itu.

Advertisement

Saya tidak pernah kata begitu. Saya tidak tahu daripada mana mereka dapat sumber berita tidak bertanggungjawab itu.

Sudah tentu saya kesal. Kenapa nak memanipulasi kenyataan saya? Netizen tidak tahu apa-apa akan salahkan bukan sayaseorang, tetapi artis lain.

Kerja keras untuk hidup senang

Ujarnya lagi, kehidupannya dengan orang lain tetap sama meskipun bergelar selebriti terkenal kerana masih perlu bekerja keras untuk hidup senang.

Sekali pun kalau saya kata begitu, tak ada beza pun dengan orang lain. Saya tetap kena bekerja. Lainlah kalau saya hidup mewah disebabkan duit turun dari langit.

Makan dan tidur sahaja, tak perlu bekerja dari pagi sampai ke malam. Apa hebatnya T20 kalau saya kena kerja begitu.

Berikutan itu, Che Ta menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan bangga diri sehingga sanggup menghina orang yang berpendapatan rendah.

Saya tidak pernah membezakan sama ada T20 atau B40. Tidak pernah! Demi Allah tak pernah! “Saya jadi begini (hidup senang) pun disebabkan sokongan daripada orang ramai iaitu golongan B40. Ingat T20 nak layan ke?

Terdahulu, Che Ta berkongsi satu laporan berita di Instagram di mana dia digambarkan sedang menghina golongan B40.

“Beranak dalam dulang emas. Jangan cemburu! Ini ‘childhood’ (kehidupan) T20 ya. Anda yang main parit apa tahu?” tulis laporan tersebut yang merujuk kononnya kenyataan daripada Che Ta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dr Zulkifli
2 months ago

"Jatuh Hukum Haram Jika Sampai Membahayakan Orang Lain" - DS Zulkifli Al-Bakri Tegur 'Trend' Buat 'Content' Di Tanah Suci

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...