“Lepak Mamak? Perkara Itu Takkan Berlaku” – Rakan Artis Dedah Gaya Hidup Malique Too Phat, Akui Kini Lebih Terbuka Berbanding Dahulu #TriviaNara

Hiburan

“Lepak Mamak? Perkara Itu Takkan Berlaku” – Rakan Artis Dedah Gaya Hidup Malique Too Phat, Akui Kini Lebih Terbuka Berbanding Dahulu #TriviaNara

Baru-baru ini, rakan-rakan selebriti ada berkongsi mengenai peribadi dan cara hidup ‘The General’ iaitu Malique daripada kumpulan duo hip hop terkenal iaitu Too Phat.

Semenjak Too Phat dibubarkan pada 2007, kehidupan Malique masih lagi menjadi misteri meskipun sentiasa aktif mencipta lagu dek kerana dia lebih selesa memilih kehidupan di belakang tabir.

Advertisement
MaliqueSumber : Google  

Jauh sekali media sosial, Malique atau nama sebenarnya Cairel Adrin Ibrahim sememangnya dikenali sebagai seorang yang enggan menonjolkan diri dalam mana-mana acara mahupun sesi temuramah.

Menurut Rizal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Riz Metalasia, dia yang telah bekerjasama dengan Malique sejak tahun 2012 mendedahkan bahawa komposer itu pernah menyuarakan hasrat untuk membuat persembahan.

Malique pernah cakap teringin buat ‘show’. Itu angan-angan dia. Kita tunggu sahaja bila perkara itu akan terjadi. Ramai orang tunggu Malique pentaskan konsert dan rindukan dirinya.

Soal sikap Malique yang semakin terbuka apabila tampilkan Inca Medina dalam muzik video, tidak nafikan. Jika tidak sebelum ini jangan harap dapat tengok wajah anak-anaknya.

Ujar Rizal lagi, Malique masih sama, sihat dan wajahnya juga kekal muda sama macam dahulu.

Menyifatkan suami kepada pelakon Melissa Maureen itu sebagai sangat terbuka menerima idea orang lain dan tegas, Rizal mengakui sangat seronok bekerja dengan Malique.

@fikirkanzikirkan

“Oh Inca Medina” – Malique #malique #qarmastudio

? bunyi asal – FikirkanZikirkan – FikirkanZikirkan

Namun, untuk ‘hidup’ seperti orang lain seperti berjumpa atau berbincang di mamak misalnya, ia adalah mustahil.

Perkara seperti itu takkan berlaku. Cubalah Google foto dia di Internet, takkan jumpa wajah terkininya. Sikap itu menjadikan dirinya ‘mahal’ dan eksklusif.

Sekadar info, Malique telah mendirikan rumah tangga bersama Melissa Maureen pada tahun 2008 di Bali Indonesia. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Rumi Arjuna, Inca Medina, Chasca Maya dan Ezra Aditya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Dulu ‘Top Model’ & Terkenal, Kini Zahnita Wilson Hilang Beratus ‘Followers’ Sebab ‘Upload’ Video Tanpa Mekap? #TriviaNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...