February 27th, 2018

Malam tadi, usahawan dan pelakon Neelofa telah melancarkan koleksi tudung terbaru di bawah jenama Naelofar Hijab iaitu #BeLofa di sebuah kelab malam terkenal.

Akibatnya, dia teruk dikecam di media sosial. Walaupun ada yang memahami keputusannya, majoriti bependapat tudung tidak sepatutnya dilancarkan di kelab malam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kepada Berita Harian, Neelofa memberitahu yang dia tidak peduli apa yang dikatakan Netizen:

Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang

Majlis itu telah dihadiri oleh ahli keluarga Neelofa serta agen-agen jualan tudungnya dianggap satu kejayaan bagi pihaknya. – beautifulnara.com

August 14th, 2017

Sebelum berkahwin dengan Hafiz Hamidun, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin pernah berkahwin dengan seorang usahawan iaitu Datuk Ray Imran.
hafizjoyray
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tiga tahun. Anak itu yang diberi nama Arryan Firdaus dan kini tinggal bersama Joy.

Ray telah dihubungi oleh BH Online dan dia memberikan komen seolah-olah dia sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku pada perkahwinan Joy dan Hafiz.

Jujurnya saya sedih dengan apa yang berlaku. Saya mahu menasihatkan dirinya sebelum mereka kahwin, tetapi siapalah saya? Nampak seperti saya cemburukan dirinya pula.

Sekarang, apa yang saya khuatir sebelum ini benar-benar terjadi.

Ramai yang mengimpikan bercinta selepas bernikah namun realitinya, ia bukan sesuatu yang mudah. Ray berpendapat Hafiz dan Joy mungkin tidak mengenali antara satu sama lain dengan sepenuhnya sebelum berkahwin dan ini mungkin punca pergolakan rumahtangga mereka.

Mungkin masing-masing ada kesilapan sendiri. Ditambah pula dengan perkenalan yang singkat, jadi mereka mungkin belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.

Ray dan Joy sebelum ini pernah bersama-sama melancarkan produk kosmetik dan penjagaan kulit yang diberi nama Cashmere. Selepas perceraian mereka, Joy telah mengasaskan rangkaian produk kosmetik berjenama Merve manakala Ray masih meneruskan dengan produk-produk Cashmere.

Setakat ini punca sebenar pergolakan rumahtangga Hafiz dan Joy masih belum jelas dan ramai terkejut dengan apa yang berlaku memandangkan usia perkahwinan yang baru tiga bulan.-beautifulnara.com

November 11th, 2015

Zul Ariffin menerangkan sebelum ini bahawa hubungan cintanya yang terjalin dengan penerbit filem Gayatri Su-lin Pillai sudah lama berakhir dan masing-masing sudah meneruskan hidup. Kepada BH Online, Gayatri telah mengulas mengenai kisah cintanya yang bermula tahun 2012 dengan Zul sememangnya sudah berakhir dan tiada apa-apa untuk diceritakan lagi.

Terdapat desas-desus keretakan hubungan mereka terjadi sewaktu Zul berlakon bergandingan dengan Ayda Jebat dalam drama Rindu Awak 200% untuk slot Akasia TV3 tetapi ia senyap begitu saja. Kini Zul mengakui dia mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Zahirah Macwilson yang sebelum ini membintangi drama Akasia bersama Sharnaaz Ahmad, Mencintaimu.
Percintaan mereka dikhabarkan sudah lama putus cuma tidak dihebahkan. Menurut Gayatri:

Zul sudah memberikan kenyataan dua hari lalu dan saya tidak perlu ulas apa apa lagi.

Seperti mana yang diketahui ramai, saya jarang menceritakan urusan peribadi kerana saya bukannya artis. Saya tak rasa orang nak tahu pun cerita peribadi membabitkan diri ini.

Lebih manis kalau apa-apa yang berlaku dalam hubungan kami hanya saya dan dia sahaja yang tahu. Saya rasa tidak perlulah menjaja cerita untuk meraih simpati ataupun mendapat perhatian.

Gayatri kini tidak lagi memegang jawatan sebagai Naib Presiden Astro Shaw memberitahu dia menjalani kehidupan seperti biasa selepas putus dengan Zul:

Kehidupan dan rutin saya masih macam biasa. Saya sibuk dengan kerja baru saya di Infinitus Entertainment sebagai Penerbit Eksekutif sejak Julai lalu. Pada masa yang sama saya menjaga ibu.

Tiada apa yang berubah.

Ramai mengatakan Zul bercinta dengan Gayatri kerana ingin mendapatkan peluang lakonan dalam industri hiburan, bagaimanapun, Gayatri mempunyai pendapat berlainan:

Saya dan Zul bekerja secara profesional dan tidak pernah memasukkan urusan peribadi dengan kerja.

Dia tidak dapat kontrak ataupun kerja melalui saya ketika saya masih di tempat kerja lama. Zul banyak menyerlah dalam drama dan telefilem sedangkan saya bertumpu kepada kerja penerbitan filem sahaja.

Jadi saya memang tidak dapat membantu dia mendapatkan projek di televisyen. Kadang-kadang saya hanya memberikan pendapat mengenai watak mana yang sesuai. Kami banyak berbincang fasal kerja dan selebihnya keputusan di tangan dia.

Dan saya percaya apa yang dimiliki adalah hasil usahanya sendiri.

Sungguh profesional Gayatri dalam memberi komen mengenai perkara ini. Nampaknya dia cukup kuat dan matang untuk berdepan dengan apa yang telah berlaku. Bak lirik lagu Jikustik, Akhiri Dengan Indah, relakan saja setiap kepingan waktu dan kenangan. Itu lebih baik, bukan?

Panggung Seni Tradisional 2015 bakal melabuhkan tirai dengan siri terakhir Koleksi Tari Klasik Malaysia. 6 kumpulan dan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 8 November 2015

November 5th, 2015

Sejak dua hari lepas pihak media melaporkan bahawa Ika Nabella, seorang pelakon baru telah membuat laporan polis kerana dipukul oleh seorang pengarah drama.

Dalam dakwaan itu, sumber yang menyaksikan kejadian tersebut memberitahu Ika telah ditumbuk secara bertubi-tubi pada bahagian badan dan muka ketika berada dalam set penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Kelang.Susulan dibelasah teruk,  Ika cedera pada bahagian mulut dan sehingga kini beliau tidak dapat membuka mulutnya.

Semuanya berpunca apabila pengarah itu merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan daripada Ika.

Azma Aizal Yusoof. Gambar: Sinar Harian

Melalui mStar Online, pengarah yang dimaksudkan, Azma Aizal Yusoof, 33, menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.

Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku.

Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah.

 

Kata Azma dia tidak takut untuk menghadapi isu itu kerana Allah ada di sisinya.

Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi.

Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana ‘berkicau’.

Ika Nabella

Peristiwa ini telah menjadi kes polis, dan tidak dapat dipastikan apakah rentetan sebenar yang menyebabkan Azma memukul Ika. Rasanya tiada justifikasi untuk memukul orang lain selain sebagai pertahanan diri.

Sekiranya peristiwa ini benar berlaku ia agak mengecewakan kerana Azma dikenali dengan hasil kerja yang bermutu dan kreatif. Diharap semua pihak akan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini.

Inspitari kembali lagi…..Hujung minggu ini 7 & 8 November 2015 di Auditorium DBKLPAS MASUK PERCUMA akan diedarkan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 1 November 2015