February 9th, 2018

Perkahwinan penyanyi Yuna dan cinta hatinya, Adam Sinclair pada 26 Januari lalu menjadi bualan ramai yang terpukau melihat tema perkahwinan mereka yang sangat cantik dan unik berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi di sebuah resort mewah di Bentong, Pahang.

Semalam, Yuna telah berkongsi video rasmi sekitar majlis pernikahan beliau berlangsung. Video tersebut memang cukup indah sekali dan mendapat pujian daripada netizen.

Mereka  bukan sahaja terharu tetapi pada masa yang sama memuji pasangan ini sepadan bersama dan turut mendoakan kebahagiaan Yuna dan Adam.

Kami di BeautifulNara juga mendoakan agar Yuna dan Adam kekal bahagia sehingga ke jannah dan dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu dan bapa satu hari nanti. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga.

Kredit Video : YouTube Yours Truly

January 29th, 2018

Bagaikan puteri dan putera bersanding di kayangan, itulah gambaran tepat buat majlis resepsi pasangan Yuna dan Adam Sinclair yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya semalam.

Yuna begitu anggun dengan gaun putih manakala putera hatinya Adam tampak sangat segak berbaju Melayu lengkap dengan tanjak yang direka khas oleh Hatta Dolmat . Dengan tema “garden wedding” sebanyak 1,500 tetamu yang hadir termasuk rakan artis dan VIP pada majlis tersebut terpukau dengan hiasan pelamin yang cukup eksklusif dan indah.

Antara rakan selebriti yang membuat persembahan adalah Aizat Amdan, Noh Hujan dan Bunga Citra Lestari.  Bapa Yuna, Datuk Mat Zarai’ai turut menghiburkan pasangan mempelai dengan lagu Perfect yang dipopularkan oleh Ed Sheeran.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Yuna dan Adam dengan membaca entri ini sepenuhnya.