February 8th, 2014

Maafkan Abang Nara kerana agak terlambat berkongsi keputusan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) yang telah berlangsung semalam. Rasanya semua orang sudah tahu bahawa juara MLM2013 kali ini ialah Sepahtu. Di tempat kedua pula ialah Shiro, kumpulan Bocey merangkul tempat ketiga, Jambu di tempat keempat sementara Nabil di tempat terakhir.
keputusan mlm2013Dengan kemenangan tersebut, Sepahtu membawa pulang RM500,000. Shiro pula RM250,000, Bocey RM150,000, Jambu RM50,000 dan Nabil RM15,000. Kesemua peserta turut membawa pulang trofi. Tema untuk akhir MLM2013 ialah muzikal dan bebas. Sistem pemarkahan yang digunakan ialah 70% markah daripada juri dan 30% berdasarkan undian SMS para peminat.

keputusan mlm2013

Berdasarkan komen di Facebook BeautifulNara, ramai yang berpendapat Shiro sebenarnya yang layak bergelar juara MLM2013. Namun perlu diingatkan bahawa jumlah undian SMS memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan. Memang tidak boleh dinafikan kumpulan Sepahtu amat popular dan ini sedikit sebanyak membantu mereka bergelar juara.
keputusan mlm2013
Apa pun, pada pendapat Abang Nara, MLM2013 kali ini sememangnya sangat sengit. Paling membanggakan ialah apabila kumpulan Bocey yang “underdog” berjaya memberikan saingan hebat kepada kumpulan-kumpulan yang lebih otai. Tahniah buat Bocey. Semoga MLM2013 menjadi pemacu kepada lebih banyak kejayaan anda di masa hadapan.

Advertisement
Advertisement
February 6th, 2014

Sebelum apa-apa, Abang Nara juga ingin memohon maaf kepada Nabil kerana terlepas pandang permohonan maafnya kepada Luna Maya yang telah dilakukan di rancangan MeleTOP baru-baru ini. Makin bertambah ke”respek”an Abang Nara terhadap Nabil. Mengakui kesilapan dan memohon maaf bukanlah satu perkara mudah. Hanya mereka yang benar-benar “gentleman” boleh melakukannya.

nabil minta maaf luna maya

Semoga dengan permohonan maaf ini, tiada lagi kritikan dan kecaman dilemparkan kepada Nabil. Semoga Nabil juga dapat fokus untuk memberikan persembahan terbaik dalam “final” Maharaja Lawak Mega 2013 esok. Saksikan video permohonan maaf Nabil di bawah:-

Advertisement

Kepada Nabil dan kesemua peserta akhir Maharaja Lawak Mega 2013, good luck and all the best Abang Nara ucapkan. Pastikan buat lawak yang terbaik untuk para peminat anda. Kepada para peminat, teruskan mengundi peserta kegemaran anda. Kepada Nabil sekali lagi, “lu memang macho bro”.

Advertisement
February 3rd, 2014

Memang mengecewakan sungguh dengan keputusan yang diambil oleh pihak Astro untuk Maharaja Lawak Mega 2013. Jumaat lalu, telah berlangsung separuh akhir rancangan ini dan sepatutnya salah seorang daripada 5 peserta bertanding disingkirkan. Ini kerana kebiasaannya “final” Maharaja Lawak Mega hanya akan menampilkan 4 peserta sahaja. Namun tiada penyingkiran telah dilakukan, sekaligus membuatkan ramai pengikut program ini mengamuk di Internet.

maharaja lawak mega 2013

Kalau Abang Nara yang tak keluarkan duit mengundi pun bengang, pastinya yang berhabisan ratusan ringgit mengundi peserta kegembaran mereka turut “stress” dengan keputusan berat sebelah Astro ini. Secara jujur, kalau dilihat persembahan minggu lalu, Nabil ialah calon yang paling sesuai untuk disingkirkan. Bukannya Abang Nara tak suka Nabil, cuma lawak yang diketengahkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini memang jatuh merudum mutunya.

Advertisement

nabil mlm2013

Malah lawak Nabil Jumaat lalu membuatkan peminat-peminat di Twitter terutamanya bengang. Mana tidaknya, sejarah hitam Luna Maya ditimbulkan kembali oleh Nabil sekaligus sedikit sebanyak menjatuhkan air muka si cantik manis dari Indonesia ini. Secara ikhlas, lawak Nabil terhadap Luna Maya memang agak kasar dan tidak sesuai. Bukan Abang Nara seorang yang berpendapat sebegini, ramai lagi di luar sana yang mempunyai pendapat yang serupa.

nabil mlm2013

Apa pun Abang Nara serius kecewa dengan keputusan yang dilakukan oleh pihak Astro kali ini. Kalau bab-bab penyingkiran boleh diubah sesuka hati, mana keseronokan dan ketelusan di dalam pengadilan? Jangan-jangan nanti keputusan “final” pun boleh dimanipulasi oleh pihak Astro. Jangan sampai orang ramai hilang kepercayaan kepada Astro. Apa pula kata anda?

Advertisement
January 27th, 2014

Semakin panas, semakin sengit dan semakin hangat persaingan Maharaja Lawak Mega 2013. Minggu lalu, pentas Maharaja Lawak Mega 2013 di Kedah menyaksikan kumpulan SYJ tersingkir. Walaupun lawak yang dilakukan oleh mereka memang menggeletek pankreas (terutamanya lawak segmen Karoot Komedia), namun ternyata peminat kurang menggemari lawak “double meaning” yang disampaikan oleh kumpulan ini. Jual “donut” memang kelakar tetapi nampaknya tidak cukup untuk meraih undian.

syj tersingkir

Secara jujur, prestasi keseluruhan kumpulan SYJ sepanjang MLM 2013 memang membanggakan. Setiap minggu, “chemistry” antara mereka bertiga makin mantap. Daripada pemerhatian Abang Nara, Sepahtu harus berhati-hati dan tidak mengulangi resepi lawak yang sama. Kalau minggu depan Rahim sekali lagi menjadi topik mereka, ia pasti membahayakan kedudukan Sepahtu.

Advertisement

nabil

Nabil juga harus bangkit dan tidak boleh menggunakan “solo” sebagai modal kasihan. Keputusan beraksi solo dibuat olehnya sendiri, jadi Nabil seharusnya menerima kenyataan tersebut. Minggu lalu, lawak Jambu paling terbaik bagi Abang Nara. Siapakah yang akan menjadi peserta terakhir tersingkir sebelum “final” Maharaja Lawak Mega 2013? Sama-samalah kita nantikan Jumaat ini.

P.S: Herbalife didakwa jalankan skim piramid

Advertisement