February 11th, 2014

Ada apa dengan Lana Nordin sehingga namanya sering dikaitkan dengan para jejaka di luar sana? Yang peliknya, Lana sendiri tak tahu menahu bagaimana desas-desus dirinya menjadi punca keretakan hubungan antara Adira dan Shahrul boleh wujud. Senang cerita, Lana sendiri berada di dalam keadaan terpinga-pinga apabila membaca khabar angin ini.

lana nordin shahrul

Nasib baiklah Lana Nordin ini jenis orang tenang. Tak ada nak melatah apa-apa. Setakat dugaan sebegini apalah sangat berbanding dengan percintaan sekejapnya bersama Johan As’ari satu ketika dahulu. Kata Lana kepada Harian Metro:-

Demi Allah saya tak pernah amil tahu dan tak ada kena mengena. Mungkini kalau betul gosip itu, dia (Shahrul) ada hubungan dengan orang lain bernama Lana, bukan saya.

Atau mungkin juga orang kaitkan saya sebab tak nak nama saya hilang daripada publisiti. Asal duduk diam je orang usik.

lana nordin

Kalau anda sudah bercita-cita mahu mengorat Lana Nordin selepas membaca berita ini, silalah lupakan hasrat anda. Kini Lana Nordin sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki. Seperti bisaa, identiti lelaki itu tidak dimaklumkan. Namun yang pasti bukanlah Shahrul. Kata Lana:-

Kawan baru saya ini orang luar dan bukan doktor atau Shahrul seperti didakwa. Kami baru kenal sebulan. Namanya juga tak ada kaitan langsung dengan huruf S. Jauh sangat abjadnya tapi saya bersedia nak dedahkan dulu.

Bolehlah Adira menarik nafas lega membaca kata-kata Lana Nordin ini. Jangan risau Lana tak mengorat kekasih anda. Mungkin Adira dan Shahrul boleh cuba baiki hubungan yang dikatakan sudah retak itu. Mesti semua ini adalah salah faham belaka. Kepada Lana, tahniah kerana telah bertemu teman baru. Hati-hati bercinta, jangan dipermainkan seperti yang pernah anda lalui dulu.

January 2nd, 2014

Tahun 2013 merupakan tahun yang penuh dugaan, cabaran dan ujian buat pelakon Johan As’ari. Banyak kontroversi yang melibatkan dirinya dan wanita yang melanda. Tak salah rasanya untuk Abang Nara katakan reputasi Johan tercalar kerana kisah cintanya dengan Lana Nordin yang telah berakhir baru-baru ini. Ramai yang memandang rendah dan menganggap Johan adalah lelaki yang suka mempermainkan hati wanita.

johan as'ari

Apa pun, Abang Nara tertarik dengan luahan hati Johan yang ditulis menerusi akaun Instagramnya. Menarik juga madah yang dikarang olehnya. Ada bakat juga si Johan ini rupanya. Ayat power!!!

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menyalahkan sesiapa sahaja, sebaliknya aku akan terus bermuhasabah diri kerana aku juga insan yang akan di hisab di akhirat kelak.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menggunakan agama demi kepentinganku sendiri kerana orang sebegitu tempatnya di neraka yang paling bawah, neraka jahannam.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk mempermainkan hati-hati wanita kerana aku lahir dari perut seorang ibu. Darjat seseorang ibu itu lebih tinggi berbanding dengan seluruh wanita di dunia mahupun bidadari2 syurga.

Hidup ini adalah ujian..
Andainya aku telah melukakan hati sobat semua, jadi maafkanlah dengan setulus ikhlas kerana aku adalah insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Senyum selalu sobat2 ku.? assalamualaikum..

johan as'ari

Semoga tahun 2014 ini akan membawakan sinar baru buat Johan As’ari. Sama-samalah kita doakan agar Johan bertemu wanita yang benar-benar mahu dijadikan isteri olehnya. Kepada Johan, selamat menempuh dan semoga berjaya di tahun baru 2014.

December 30th, 2013

Rasanya semua orang tahu yang Izreen Azminda satu ketika dahulu pernah bercinta dengan Johan As’ari. Kalau anda tak tahu, satu ketika dahulu, Johan pernah mengajak Izreen bertunang. Namun seperti yang anda boleh agak, hubungan mereka putus di tengah jalan. Kini Izreen bahagia di samping suami dan anak tercinta.

izreen azminda nasihat johan

Tampil menerusi Mstar Online hari ini, Izreen menasihatkan Johan agar berhenti mempermainkan hati wanita. Kata Izreen:-

Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta. Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya.

Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius. Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing

izreen

Hehehe. Sepatutnya Johan sebagai seorang lelaki tak perlu dinasihatkan bab-bab cinta ini. Tak apalah. Kita tak tahu sama ada Johan benar-benar mencintai mereka yang pernah terlibat dengan dirinya atau sekadar main-main cinta sahaja. Apa pun, tahun 2014 tinggal 2 hari sahaja lagi. Semoga tahun ini Johan meletakkan “taknak mainkan hati perempuan lagi” sebagai salah satu azamnya. Hehehe.

reiza

P.S: Maxi dress bukan sahaja dipakai ke majlis tertentu, malah untuk pakaian harian yang selesa. Padankan maxi dress yang ringkas ini bersama heels/wedges dan handbag kegemaran kamu, dan kamu bersedia untuk ke pejabat mahupun shopping :). Layari www.edz.com.my. www.facebook.com/eightdesigns. www.instagram.com/edzmalaysia

December 27th, 2013

Pelik la pulak. Menurut si Johan, perpisahannya dengan Lana Nordin adalah kerana tidak mendapat restu keluarga. Namun hari ini menerusi Berita Harian, kakak Johan iaitu Farah Alya As’ari memaklumkan yang keluarga mereka tidak menghalang percintaan adiknya dan Lana. Sebaliknya mereka menasihati Johan agar mengenali hati budi Lana terlebih dahulu sebelum berkahwin.

kakak johan as'ari

Kata kakak Johan:-

Kami tidak menghalang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.

Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana.

johan dan lana

Memang Abang Nara dah blur tahap gaban dengan apa yang terjadi terhadap percintaan Lana dan Johan. Tak tahu nak percaya mana satu. Tak kisahlah semua itu. Kalau bagi Johan ini adalah keputusan yang terbaik, siapalah kita untuk pertikaikan. Cuma Abang Nara berharap satu hari nanti agar Johan tidak dipermainkan sebegini rupa oleh wanita yang benar-benar dicintainya.
tudung love you mr arrogantP.S: Peminat setia drama Love You Mr Arrogant? Pasti anda tercari-cari tudung yang dipakai oleh heroin drama ini si Zara tue kan? Wife Abang Nara pun suka benar dengan fesyen tudung tersebut. Warna-warni dan bergaya katanya. Abang Nara dah belikan 2,3 helai untuk wife tudung ini di www.aiefcouture.com. Harga berpatutan sangat. Tak sabar nak tengok kecomelan isteri Abang Nara bertambah apabila memakai tudung ini.