Written by AbangNara | December 26th, 2013

Lana Nordin ialah seorang wanita yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Respek dan kagum Abang Nara dengan Lana yang akan meneruskan hasratnya untuk berubah menjadi seorang muslimah yang baik walaupun perhubungannya dengan Johan As’ari sudah tamat. Ternyata, Lana bukan mahu berubah kerana Johan, tetapi kerana kemahuannya sendiri. Tahniah Lana!!!

lana nordin berubah

Berkata kepada Mstar Online, Lana menerangkan yang hasrat ingin berubah sudah pun tersemai di hatinya sebelum bertemu Johan. Kata Lana:-

Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty. Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik

lana bertudung

Alhamdulillah. Abang Nara pasti hasrat Lana Nordin pasti disenangi orang ramai dan akan dipermudahkan. Entah-entah di kala sedang berubah, akan ada hati lelaki yang terpikat pada dirinya. Dan mana tahu lelaki tersebut benar-benar jujur dan ikhlas mahu membimbing Lana. Sama-samalah kita doakan. Teruskan perubahan anda wahai Lana Nordin.
lana bertudung

P.S: Abang Nara suka sangat dengan koleksi pakaian daripada www.misclaire.com. Bukan apa, walaupun berbadan besar, anda akan tetap nampak elegan dan bergaya dengan fesyen mereka. Saiz paling besar dijual sehingga 8XL. Malah MisClaire siap ada buat “outdoor shooting” untuk tunjukkan bagamana pembeli boleh gayakan pakaian mereka ketika di luar. Jangan lupa follow Facebook Misclaire dan Instagram Misclaire untuk mengetahui produk terbaru dan promosi terkini mereka.

Written by AbangNara | November 29th, 2013

Inilah kuasa cinta. Cinta memang dapat mengubah manusia. Daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada jahat. Daripada pakai baju ketat kepada menutup aurat. Indah sungguh kuasa cinta. Terharu Abang Nara mendengar yang Lana Nordin akan mengubah imej seksinya kepada memakai tudung kerana kasih sayang dan perasaan cintanya terhadap Johan As’ari.

lana nordin bertudung

Menurut sumber Utusan Malaysia, Lana Nordin telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan. Kata sumber itu:-

Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.

Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!

lana nordin bertudung

Nampaknya Johan As’ari benar-benar menjadi pembimbing dan dan bakal merubah gaya hidup Lana Nordin. Itulah yang kita mahukan. Semoga lebih banyak perubahan ke arah kebaikan akan dilakukan oleh Lana Nordin di masa hadapan. Kepada Johan, tahniah kerana berjaya memimpin bakal isteri anda. Anda memang kacak!!!