March 11th, 2016

Berkongsi berita beliau sudah selamat bersalin puteri pertamanya bersama suami Daud McKienzie, Lana Nodin masih lagi menerima pelbagai kritikan daripada sesetengah netizen.

Ada yang mempersoalkan status sebenar anak perempuannya itu, siapa kira bila tarikh nikah Lana sehinggalah tarikh bersalin. Pergh, sampai macam tu sekali mereka hendak siasat.

Antara komen yang diterima ialah Lana sudah mengandung sewaktu beliau berkahwin dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, tidak semua berfikiran negatif seperti itu. Beberapa pengikut Instagram mempertahankan Lana dan mempercayai kadang-kala kiraan seseorang itu tidak betul.

Mengenai  mereka yang mempertikaikan status anaknya, Lana menerusi ruang komen di akaun Instagram miliknya berkata beliau dan suami tidak akan memaafkan mereka yang  menghina anaknya sehingga ke akhir hayat.

Berikut adalah komen penuh Lana :-

Ni la manusia…bila kita dah share berita, macam2 spekulasi macam2 benda buruk akan keluar….tak boleh ke tumpang gembira utk kami sekeluarga???ini baru je dlm my insta….dlm blog, social media yg lain??…macam2 duk jaga tepi kain cari mane silap nak jadi keyboard warrior…apa motif duk kira bulan la tarikh kawin bagai apasal??so ada point korang Nak menuduh or buat citer lagi panas lagi laris gossip tu??

Just FYI pada sesiapa yg komen buruk pasal anak i bukan saje di sini malah di blog2, di social media yg lain, sy dan suami takkan maafkan anda sehingga la hujung nafas kami selagi anda tak minta maaf pada kami terang2 seperti mana anad buat keputusan nak jadi keyboard warrior sangat walaupun sebesar zarah terdetik pasal buruk anak atau maruah keluarga sy…

Before this, org mengata, mengutuk sy, sy boleh telan dan move on…but this time pasal anak sy, I WILL NO LONGER BE QUITE!!… Why can you just be happy and doa yg baik2 for us instead sibuk cari buruk org? To all bloggers, keyboard warrior also, we want to say tq for ur bad speculation and mean harm writing or comment.

Like i said, me and my husband will never forgive someone like u because ur buah mulut, fitnah yg merosakkan maruah anak tak berdosa. But to all my fans who really sincere to us, sy sekeluarga ucapkan terima kasih atas doa2 dan ucapan tahniah pada kami, insyallah bile sampai masa yg sesuai, sy dan suami akan memperkenalkan baby Gia pada semua…terima kasih dan salam semua.

Kasihan sungguh nasib yang menimpa Lana Nodin. Berkongsi berita gembira pun ada yang mempersoalkan. Abang Nara memahami apabila ada sesetengah selebriti mengambil sikap berdiam diri tentang anak mereka. Iyerlah, tak pasal-pasal dengan anak sekali kena hentam. Peminat sekarang memang lain macam. Tak gitu?

March 10th, 2016

Selamat melahirkan puteri sulungnya Gia Quinn McKienzie pada pertengahan Januari lepas Lana Nodin akui merasa seronok apabila bergelar seorang ibu.

Melihat wajah bayinya dan menyentuh kulit lembut Gia membuatkan Lana melupakan segala masalah dan keletihan kerana tidak cukup rehat.

Menjadi ibu memang memenatkan. Tambahan pula saya perlu mengembara ke sana-sini mengikut suami hingga anak saya sendiri belum dapat diperkenalkan kepada teman terdekat. Saudara-mara sebelah keluarga saya pun belum bertemu dengannya. Saya sendiri tidak cukup rehat, tetapi pengalaman menjadi ibu cukup nikmat dan indah.

Melihatnya di depan mata sudah menenangkan saya. Menyentuh kulitnya yang lembut pula, yang bagaikan salji, seakan-akan menjadi terapi diri. Saya memang berasa seperti tidak mahu berenggang dengannya. Suami pun gembira bukan kepalang. Pulang saja dari kerja, memang anak yang dicarinya dulu, hingga saya pun diabaikannya.

Berita Lana sudah bersalin diketahui ramai dan menjadi viral selepas beberapa peminat bertemu dengan beliau ketika bercuti di Singapura baru-baru ini.

Lana selamat melahirkan Gia disebuah hospital swasta di Kuala Lumpur  dengan berat 4 kilogram.  Pasangan suami isteri ini merencana untuk memperkenalkan anak mereka kepada umum dalam sebuah majlis aqiqah yang akan diadakan nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

 

October 3rd, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Lana Nodin dan suaminya, Daud McKienzie kerana bakal menerima kehadiran cahaya mata mereka yang pertama tidak lama lagi setelah aktres tersebut disahkan hamil baru-baru ini.

Pada awalnya, Lana merasa tidak sedap badan dan bertemu dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut, namun beliau dikejutkan dengan berita gembira tersebut. Tidak pernah sangka beliau sudah berbadan dua, Lana cukup gembira dan merasa syukur dengan rezeki awal yang diberikan oleh Allah SWT.

Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi.

Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak.

Lana memberitahu usia kehamilannya kini sudah memasuki trimester kedua. Pada masa yang sama, belaiu juga menyatakan hasrat untuk bersalin di Kuala Lumpur dan Daud juga nampaknya tidak menghalang permintaan isteri tercintanya itu.

Bercerita mengenai alahan beliau semasa hamil, Lana buat masa ini alah dengan spaghetti berwarna hijau dan kini lebih gemar untuk memakan makanan yang pedas meskipun sebelum ini beliau langsung tidak boleh menjamah apa sahaja hidangan yang pedas.

Tentu sekali sekarang ini Lana Nodin dan Daud McKienzie cukup teruja untuk menanti kelahiran anak mereka yang pertama. Semoga Lana dan bayi selalu berada di dalam keadaan yang sihat.

Sumber Berita: Harian Metro