(TAHNIAH) Lana Nodin Kini Sudah Hamil Anak Pertama

Hiburan

(TAHNIAH) Lana Nodin Kini Sudah Hamil Anak Pertama

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Lana Nodin dan suaminya, Daud McKienzie kerana bakal menerima kehadiran cahaya mata mereka yang pertama tidak lama lagi setelah aktres tersebut disahkan hamil baru-baru ini.

Advertisement

Pada awalnya, Lana merasa tidak sedap badan dan bertemu dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut, namun beliau dikejutkan dengan berita gembira tersebut. Tidak pernah sangka beliau sudah berbadan dua, Lana cukup gembira dan merasa syukur dengan rezeki awal yang diberikan oleh Allah SWT.

Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi.

Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak.

Lana memberitahu usia kehamilannya kini sudah memasuki trimester kedua. Pada masa yang sama, belaiu juga menyatakan hasrat untuk bersalin di Kuala Lumpur dan Daud juga nampaknya tidak menghalang permintaan isteri tercintanya itu.

Bercerita mengenai alahan beliau semasa hamil, Lana buat masa ini alah dengan spaghetti berwarna hijau dan kini lebih gemar untuk memakan makanan yang pedas meskipun sebelum ini beliau langsung tidak boleh menjamah apa sahaja hidangan yang pedas.

Tentu sekali sekarang ini Lana Nodin dan Daud McKienzie cukup teruja untuk menanti kelahiran anak mereka yang pertama. Semoga Lana dan bayi selalu berada di dalam keadaan yang sihat.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...