October 30th, 2017

Kamal Adli dan Emma Maembong telah lama bercinta tetapi sehingga kini mereka berdua masih belum membawa perhubungan itu ke peringkat seterusnya. Baru-baru ini Kamal telah menjuarai pertandingan Super Spontan 2017 yang memberi wang hadiah kemenangan berjumlah RM 100,000.

Sehubungan itu, timbul tanda tanya sama ada Kamal akan melamar Emma memandangkan dia telah pun memenangi hadiah wang yang banyak. Kalau setakat nak buat kenduri kahwin tu, tak ada masalah rasanya dengan wang sebanyak itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Namun begitu, Utusan Online melaporkan, Kamal memberitahu sememangnya sudah bersedia untuk berkahwin dengan Emma, tetapi terdapat halangan yang sukar didedahkan kepada umum:

Hubungan kami dah empat tahun dan saya sudah bersedia untuk memberi komitmen perkahwinan, begitu ju­ga dengan keluarga saya yang sudah memberi restu.

Tetapi ada halangan yang wujud. Saya tak boleh beritahu kerana orang luar tak akan faham malah tak tahu apa yang saya rasa.

Siapa yang tak mahu berkahwin dan berkeluarga? Kepada Emma, ada jodoh kita kahwin. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Kamal memahami bahawa kenyataan dari Emma bahawa percintaan mereka telah putus dibuat semasa wanita itu sedang marah, namun begitu Kamal lega kerana kini perkembangan mereka adalah positif dan sedang cuba memulihkan keretakan hubungan itu.

Kamal juga mengaku salah dan memohoh maaf kepada semua pihak berikutan kisah kemelut antara dia, Emma dan Zahirah Macwilson.

Bagi Kamal, tindakan Zahirah tidak memperbaiki, malah memburukkan situasi yang berlaku. Kamal merasakan apa yang dilakukan Zahirah ialah tindakan menyelamatkan diri sendiri, dan dia kecewa Zahirah tidak bercakap benar serta tidak bertanggungjawab pada kenyataan yang dikeluarkan.

Semuanya bermula apabila Kamal dan Zahirah dikatakan terbabit cinta lokasi sewaktu berlakon drama popular Duda Pujaan Dara baru-baru ini.

Dalam pada isu ini hangat dan mendapat perhatian Netizen, Emma turut dikaitkan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk, namun lelaki itu mendakwa dia hanya kawan keluarga Ismail Embong iaitu ayah Emma. – beautifulnara.com

October 19th, 2017

Nama Syahir Zawawi, 29, kembali meniti bibir peminat hiburan tempatan apabila juara Akademi Fantasia (AF) kelapan itu menyertai AF Megastar 2017. Sedang menjalankan persiapan ke finale pertandingan itu, nama Shahir yang sebelum ini digembar-gemburkan sedang bercinta dengan pelakon popular Erra Fazira kini disebut sebagai kekasih kepada seorang pramugari Firefly, Mona Syamimi Samsudin.

Gambar-gambar Mona dan Shahir beserta status yang dtulis Mona dihantar kepada BeautifulNara oleh seseorang yang mendakwa Mona ialah teman wanita baru Shahir. Mona beberapa kali memuat naik gambar Shahir dengannya bersama kapsyen yang membayangkan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Jom meriahkan Festival Tari Malaysia 2017 dan saksikan 15 kumpulan berentap dalam 3 kategori: Tradisional, Moden & Rampaian Tradisional. Kumpulan manakah yang bakal mengungguli setiap kategori? FESTIVAL TARI MALAYSIA 2017 pada 20 & 21 Oktober 2017 (8.30 malam) di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Masuk adalah PERCUMA. Dapatkan pas masuk dengan menghubungi 03-2614 8200 / 8315 / 8262 / 8265 #jkkn #mysenibudaya #festari2017 #festivaltarimalaysia

Shahir bagaimanapun menafikan bahawa mereka ialah pasangan kekasih, sebaliknya memberitahu baru sebulan berkenalan dengan wanita itu yang dilayan sama seperti peminat yang lain.

Malahan, Shahir tidak tahu menahu mengapa wanita itu memuat naik gambar mereka seolah-olah mereka sedang bercinta dan mendakwa ia juga bukan kali pertama perkara seperti itu berlaku. Ia pernah berlaku membabitkan peminat lain, cuma tidak kecoh.

Selepas itu melalui mStar Online Mona Syamimi mendakwa dia dan Shahir beberapa kali keluar berdua dan dia bukanlah sekadar peminat seperti yang diperkatakan.

Dia meminta pemberita bertanya kepada Shahir tentang status sebenar hubungan mereka dan dia juga dilihat seolah-olah memberi amaran:

Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah.

Dalam perkembangan terbaru, BH Online melaporkan Shahir berkata Mona mengakui terdapat salah faham mengenai kenyataan yang diberikannya dan Mona akan membuat kenyataan baru.

Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya.

Mona berjanji akan memberikan kenyataan baharu, sekali gus membersihkan nama saya. Saya kini hanya menunggu dan lihat.

Shahir juga memberitahu akan mengahwini Erra selewatnya awal tahun depan:

Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya.

Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.

Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami.

Setakat ini, Mona masih belum memberi kenyataan yang diperkatakan. Tinjauan penulis mendapati akaun Facebook Mona kini diletakkan dalam mod peribadi dan dia juga tidak membuat sebarang status menerangkan kedudukan sebenar di akaun Instagram miliknya. – beautifulnara.com