Written by AbangNara | February 24th, 2014

Ini adalah satu berita yang kurang baik untuk peminat lawak tempatan lebih-lebih lagi untuk pengikut setia rancangan Maharaja Lawak Mega. Salah satu daripada peserta yang tidak pernah terlepas menyertai program tersebut iaitu Jambu telah pun mengambil keputusan untuk tidak lagi turut serta. Ini kerana Yus dan Tauke mendapati ada unsur-unsur yang mahu melagakan mereka berdua.
yus dan tiketIni semua berpunca daripada isu agihan tiket yang diberikan kepada setiap peserta MLM2013. Kebiasaannya tiket akan diberikan kepada Tauke Jambu. Kemudiannya Tauke akan membahagiakan tiket tersebut kepada Yus untuk diberikan kepada para penyokong mereka. Namun untuk peringkat akhir, tiket terus diberikan kepada Yus dan Tauke tidak mendapat sebarang tiket langsung. Terang Tauke menerusi Pancaindera semalam:-

Ya (isu pengagihan tiket). Tapi bukan Yus yang saya marah sebaliknya dengan pengurusan. Selama ini apa sahaja perkara berkaitan Jambu, saya yang uruskan. Sama ada hal wardrobe, susunan persembahan, dan sebagainya, semua orang rujuk pada saya.

Kenapa malam akhir MLM untuk urusan agihan tiket tidak melalui saya? Jadi berlakulah salah faham apabila tiket yang sepatutnya diagihkan sama rata cuma Yus sahaja yang dapat. Dan Yus yang telah diberikan tiket itu fikir kesemua tiket yang diserahkan kepadanya adalah untuk dia kerana dia ingat saya dah dapat.

Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku. Macam mana saya tak bengang.

Akibat salah faham ini, Tauke terpaksa meminta pembantunya beratur untuk membeli tiket agar dapat diberikan kepada penyokongnya. Tauke sendiri pelik mengapa pada malam final MLM2013 sahaja pihak pengurusan tidak merujuk kepadanya mengenai perkara tiket ini. Tauke melahirkan rasa terkilannya terhadap pengurusan MLM:-

Saya dah dengar penjelasan Yus dan tak salahkan dia. Yang saya terkilan adalah dengan pihak pengurusan MLM pada malam itu. Saya kena pastikan tiket itu ada. Saya taknak orang kata Tauke kaki kencing, menipu orang.

Sebab itulah saya dan Yus nekad tak mahu lagi menyertai MLM. Itu akan jadi MLM terakhir kami selepas kami dapati ada unsur-unsur yang mahu melagakan kami berdua.

jambu

Macam-macam kontroversi nampaknya yang terjadi di Maharaja Lawak Mega 2013. Apa pun keputusan Jambu untuk tidak lagi menyertai MLM amatlah mengecewakan. Abang Nara ialah salah seorang peminat lawak mereka. Pasti akan hilangnya seri MLM tanpa kehadiran buah-buahan tempatan ini. Semoga nanti Jambu akan berubah fikiran dan kembali bertanding demi peminat mereka.

Written by AbangNara | December 31st, 2013

Jumaat ini, Maharaja Lawak Mega 2013 akan memasuki minggu ke 8. Minggu lalu menyaksikan tersingkirkan kumpulan Say Who yang berasal dari Indonesia. Tiada sebarang kontroversi mengenai penyingkiran ini kerana sepanjang berada di MLM 2013, persembahan kumpulan SayWho sekadar biasa-biasa sahaja. Senang cerita, memang sudah boleh diagak kumpulan SayWho akan terkeluar.
maharaja lawak mega 2013Selain SayWho, kumpulan Wala dan Comey turut tersenarai di “bottom 3”. Daripada pemerhatian Abang Nara, ada 3 peserta yang berkemungkinan untuk menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan-kumpulan itu ialah Shiro, Jambu dan Sepahtu. Berdasarkan prestasi semasa, Abang Nara melihat kumpulan Shiro mempunyai peluang cerah sekiranya berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten.
maharaja lawak mega 2013Persembahan muzikal Shiro minggu lalu sememangnya “power” dan berjaya memecahkan perut Abang Nara. Ketawa tak henti-henti. Chemistry antara Ajak dan Shahrol memang terbaik. Lawak yang disampaikan juga sangat “simple” dan boleh di”relate” oleh penonton. Setakat hari ini, jumlah undian antara Shiro, Sepahtu dan Nabil adalah sama iaitu 25%.
maharaja lawak mega 2013Abang Nara lihat persembahan Shiro setiap minggu memang menunjukkan peningkatan. Namun kumpulan Jambu juga tidak boleh dipandang ringan. Lawak mereka juga hebat walaupun jumlah undian dilihat tidak menyebelahi mereka (sekadar 7%). Sementara itu kumpulan Sepahtu pada minggu lalu mula menunjukkan taringnya selepas beberapa minggu tampil dengan persembahan yang mengecewakan.

maharaja lawak mega 2013

Kumpulan Bocey dan SYJ juga memberikan kejutan dengan persembahan yang konsisten setiap minggu. Nampak gaya seperti Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini memang sengit persaingannya. Namun bagi Abang Nara, pilihan untuk juara ialah Shiro. Abang Nara memang suka dengan lawak mereka. Bagaimana pula dengan anda? Kumpulan manakah yang menjadi pilihan hati? Tuliskan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan pembaca BeautifulNara yang lain.

Written by AbangNara | June 2nd, 2011

awek kumpulan jambu

Memang betullah kata orang yang awek-awek senang jatuh cinta dengan lelaki kelakar. Tengok Salih Yaakob pun dah cukup dah buktinya. Sampai kahwin 4 tue. Kali ini, Taukey daripada kumpulan Jambu pun tak kurang hebat jugak kekasih hatinya. Memang Taukey muka legend tapi hati cute sungguh!!!

Lagi beberapa keping gambar Taukey dan kekasih hatinya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 26th, 2011

Sila cover gelak sebab mana tau bos korang ada kat belakang. Nanti dia panas hati tengok korang gelak waktu bekerja.