Ada Pihak Mahu Lagakan, Jambu Tidak Akan Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi

Hiburan

Ada Pihak Mahu Lagakan, Jambu Tidak Akan Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi

Ini adalah satu berita yang kurang baik untuk peminat lawak tempatan lebih-lebih lagi untuk pengikut setia rancangan Maharaja Lawak Mega. Salah satu daripada peserta yang tidak pernah terlepas menyertai program tersebut iaitu Jambu telah pun mengambil keputusan untuk tidak lagi turut serta. Ini kerana Yus dan Tauke mendapati ada unsur-unsur yang mahu melagakan mereka berdua.
yus dan tiketIni semua berpunca daripada isu agihan tiket yang diberikan kepada setiap peserta MLM2013. Kebiasaannya tiket akan diberikan kepada Tauke Jambu. Kemudiannya Tauke akan membahagiakan tiket tersebut kepada Yus untuk diberikan kepada para penyokong mereka. Namun untuk peringkat akhir, tiket terus diberikan kepada Yus dan Tauke tidak mendapat sebarang tiket langsung. Terang Tauke menerusi Pancaindera semalam:-

Ya (isu pengagihan tiket). Tapi bukan Yus yang saya marah sebaliknya dengan pengurusan. Selama ini apa sahaja perkara berkaitan Jambu, saya yang uruskan. Sama ada hal wardrobe, susunan persembahan, dan sebagainya, semua orang rujuk pada saya.

Kenapa malam akhir MLM untuk urusan agihan tiket tidak melalui saya? Jadi berlakulah salah faham apabila tiket yang sepatutnya diagihkan sama rata cuma Yus sahaja yang dapat. Dan Yus yang telah diberikan tiket itu fikir kesemua tiket yang diserahkan kepadanya adalah untuk dia kerana dia ingat saya dah dapat.

Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku. Macam mana saya tak bengang.

Akibat salah faham ini, Tauke terpaksa meminta pembantunya beratur untuk membeli tiket agar dapat diberikan kepada penyokongnya. Tauke sendiri pelik mengapa pada malam final MLM2013 sahaja pihak pengurusan tidak merujuk kepadanya mengenai perkara tiket ini. Tauke melahirkan rasa terkilannya terhadap pengurusan MLM:-

Saya dah dengar penjelasan Yus dan tak salahkan dia. Yang saya terkilan adalah dengan pihak pengurusan MLM pada malam itu. Saya kena pastikan tiket itu ada. Saya taknak orang kata Tauke kaki kencing, menipu orang.

Sebab itulah saya dan Yus nekad tak mahu lagi menyertai MLM. Itu akan jadi MLM terakhir kami selepas kami dapati ada unsur-unsur yang mahu melagakan kami berdua.

Advertisement

jambu

Macam-macam kontroversi nampaknya yang terjadi di Maharaja Lawak Mega 2013. Apa pun keputusan Jambu untuk tidak lagi menyertai MLM amatlah mengecewakan. Abang Nara ialah salah seorang peminat lawak mereka. Pasti akan hilangnya seri MLM tanpa kehadiran buah-buahan tempatan ini. Semoga nanti Jambu akan berubah fikiran dan kembali bertanding demi peminat mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...