Written by AbangNara | December 31st, 2013

Jumaat ini, Maharaja Lawak Mega 2013 akan memasuki minggu ke 8. Minggu lalu menyaksikan tersingkirkan kumpulan Say Who yang berasal dari Indonesia. Tiada sebarang kontroversi mengenai penyingkiran ini kerana sepanjang berada di MLM 2013, persembahan kumpulan SayWho sekadar biasa-biasa sahaja. Senang cerita, memang sudah boleh diagak kumpulan SayWho akan terkeluar.
maharaja lawak mega 2013Selain SayWho, kumpulan Wala dan Comey turut tersenarai di “bottom 3”. Daripada pemerhatian Abang Nara, ada 3 peserta yang berkemungkinan untuk menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan-kumpulan itu ialah Shiro, Jambu dan Sepahtu. Berdasarkan prestasi semasa, Abang Nara melihat kumpulan Shiro mempunyai peluang cerah sekiranya berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten.
maharaja lawak mega 2013Persembahan muzikal Shiro minggu lalu sememangnya “power” dan berjaya memecahkan perut Abang Nara. Ketawa tak henti-henti. Chemistry antara Ajak dan Shahrol memang terbaik. Lawak yang disampaikan juga sangat “simple” dan boleh di”relate” oleh penonton. Setakat hari ini, jumlah undian antara Shiro, Sepahtu dan Nabil adalah sama iaitu 25%.
maharaja lawak mega 2013Abang Nara lihat persembahan Shiro setiap minggu memang menunjukkan peningkatan. Namun kumpulan Jambu juga tidak boleh dipandang ringan. Lawak mereka juga hebat walaupun jumlah undian dilihat tidak menyebelahi mereka (sekadar 7%). Sementara itu kumpulan Sepahtu pada minggu lalu mula menunjukkan taringnya selepas beberapa minggu tampil dengan persembahan yang mengecewakan.

maharaja lawak mega 2013

Kumpulan Bocey dan SYJ juga memberikan kejutan dengan persembahan yang konsisten setiap minggu. Nampak gaya seperti Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini memang sengit persaingannya. Namun bagi Abang Nara, pilihan untuk juara ialah Shiro. Abang Nara memang suka dengan lawak mereka. Bagaimana pula dengan anda? Kumpulan manakah yang menjadi pilihan hati? Tuliskan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan pembaca BeautifulNara yang lain.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

92 responses to Shiro Bakal Juara Maharaja Lawak Mega 2013?

  1. hiitam says:

    aku suka persembahan yg konsisten tiap2 minggu…mcm SYJ. mmg kene kombination 3org tuh tuh. lagi2 dak jehan yg selamba rock tuh. apa watak pon menjadi je…haha mmg tak bleh blah!!
    dulu aku plg suka sepahtu, lawak bulu ayam tok plg best. tp spoil bila part jep sepah bahankan rahim R2 tak berfungsi, aku terus rasa menyampah kat jep. beginilah permulaan kejatuhan nabil dulu…bila lawak2 dia asyik nak bahan kan org sampai da tak peduli sensitiviti org lain. nampak cam bagus2 je.pastu sbb kompiden lebih, jep punyer lawak dah mcm berterabur..mcm main redah je. aku suka persembahan yg ‘kemas’..
    nabil mmg sempoiiii..tabikla pasal dia kreatif..sensorang lak tuh.mmg kekuatan dia. tgk bibir pon tau…hahaha. cuma jgn ter’kutuk’ dan mengaibkn org lain jelah.
    shiro, plg best pasal bangla jual karpet tu. aku laki bini terikut2 cara dia cakap bangla.
    bocey..terbaik. konsisten je. aku rasa group ni bukan pilihan utk juara tp start dr sini..akan jadi platform utk diorg menambah populariti.so all the best for u guys!

    • huhuhu says:

      setuju gn ko pak tam…hehe
      Jep suka sgt bahan kwn2 sndri..tu jela modal dia.. pastu penonton tau gelak jer..
      entah ape yg best sgt aku pn xtau. jep tu x seneitif lgsg gn perasaan kwn2.. menyampah aku. Taknak undi sepahtu! lawak mengarut ntah pape… main2 je kt stage..ko igt ni karoot komedi ker.. buang masa jer!

      Jambu ada ms mmg lawak giler… tp kdg tu lawak bodoh bangang sgt..
      Praaakkkk sgt la hang pak yus. Tp muzikal mmg best…gelak sakan aku.

      SYJ..si syuk nsb baik la dh kurang sket lawak lucah dia..klu x dulu asik nk melucah je ko kan. WALA…kdg best jugak lawak loyar buruk dia…hahahhaha

      Aku x kisah sape pn juara..janji bukan JEP!!! meluat.

  2. pajel says:

    hmmm,kalau nk tgok dlm MLM ni serius shiro bole jd juara..tp aku rse sepahtu mmg dah kurang..tapiiii..klau sape2 yg layan Betul ke Bohong kat astro,korang bole tgok kan sepahtu pny lawak spontan mmg terbaik..shiro pon x dpt beat sepahtu mse Betul ke Bohong..so konklusinya,diorang ade kelebihan n klmahan masing2..job buat lawak bkn senang..walaupun tu mmg dah tgas diorang..ape pon,aku supprt semua sbb diorang buat lawak pon bkn sbb nama!!!!

  3. Moi says:

    Secara jujur aku rasa aku paling syok tengok SYJ. Gabungan Yasin, Jihan n Shuk memang menjadi n klaka. Buat lawak pun nampak natural. Bocey pun ok. Boleh pegi jauh. Senang cite SYJ, Bocey je group yang paling konsisten dari minggu satu sampai lapan. Tapi nak buat camne kan.. Mereka hanya SYJ n Bocey. Bukan Sepahtu or Jambu.

    • damai says:

      Btl, if tengok dari Minggu 1 sampai skg, idea yg fresh and consistent adalah Bocey dan SYJ. Just hope these 2 ada rezeki

  4. ariana says:

    honestly, i think those yang tak expected to be at the top yang lebih baik this season. like SYJ Shiro and Bocey. sepahtu pulak sometimes okay but when we want to decide who the winner is we should consider their weekly performance. maybe bocey shiro syj lawak diorang tak setanding dgn jambu and others tapi at least diorang konsisten. :) it shows their effort to do their best weekly unlike some yang hebat just for particular weeks. it might be unfair to them yang berusaha keras stiap minggu. their efforts should be appreciated. :)

  5. mimi says:

    malam tadi pergi majlis ilmu kat JB
    tajuknya masjid mu tunggu aku datang

    one of panel relate kan dgn movie ustaz mu tunggu aku datang.
    dia puji sharol..cause antara artis yg bayar zakat dua bulan sekali..
    moga rezeki shiro bertambah-tambah lepa ni.

  6. fika says:

    nabil…..

  7. ape2 je la says:

    sy sokong shiro, tp xsuke dgn sepahtu.. dieorg rasa dieorg hebat ngat… dh tlebih konfiden… lebih2 lg jep. tau la dh menang anugerah tp xpyh la blagak n besar kepala sgt… komen org semua die cantas lepastu duk perli n mjatuhkn org je keje…

  8. Anonymous says:

    JOM UNDI BOCEY DAN SYJ..LAWAK DIORG BEST..

  9. nilapuri says:

    nabil??? y nabil…memang lah dia solo tp x semestinya dia lawak, aku tgk tiap2 minggu x pernah gelak pun, serius je muka, ngan cakap terjerit2 dia tu bajet luna suka sgt kat dia…sori lah nabil, x payah guna bahasa bangla ke pakistan lagi x lawak.
    SYJ paling lawak kot

  10. Cik Ika says:

    aku xsuka sharul.dlm betul ke bohong dia cm gatal je dgn pmpn dan dia cukup pndai buat muka gatalll

  11. Diandra says:

    Aku sokong Shiro, Nabil & Wala. Pasti akan ku undi.

    Sepahtu mmg takkan aku undi lgsg. Tak gemar btul aku tgk si Jep tu, sbb attitude dia..(Kesian kt suip & rahim, tp sorry) sorry la aku pangkah trs Sepahtu.
    meluat ar tgk jep tu, asik2 nk bahan kwn2 sndri jer, drpd dlu aku perati jep suka sgt kutuk2 mamat gn suip. asik dia jela yg bagus..dia jela yg konon mcm ketua. Mana mne x bpecah Sepah. asik x sebulu je mamat gn jep tu. Aku tgk suip tu sabar betul dgn perangai jep. Suip asik jd mangsa bahan kutukan jep. Skg rahim plk yg jd bahan..mcm la ko sorg je yg bfungsi jep oii. Tgk karoot pn sama asik si jep tu je yg nk memang. kt sana ebby yus plk jd mangsa kutukan jep. Jep ni nk melawak pn tp x pikir perasaan kwn2, asik kutuk hina kwn2 je. Meluat aku tgk. Sorry Takkan undi. Harap ko x menang. Menyampah gn Jep!!

    Jambu – kdg2 bt lawak bangang abadi..mengarut2.. Pak yus asik tunjuk kebodohan sndri je. Lawak ntah hape2..aku pn x fhm lawak dorg mcm x de isi, tp org gelak sakan sbb ekpresi muka. Cuma ada ms mmg lawak habis… Ok, aku Undi!

    Wala – Suka tgk gaya muka wan..lawak habis.. xpdn gn body builder. tp asik loyar buruk je.hahhaha. cuma kena tingkatkn lagi lawak korg sbb mmg best. Aku Undi!

    Nabil – so far aku kenal nabil mmg dia pelawak yg sempoi. jumpe dia kt luar pn mmg mcm tula orgnye sempoi n mcm kita org biasa..dgn fans pn sporting sgt. Lgpn nabil solo..kredit lebih utk dia. Teruskn malin kundang. AKu sokong sama kamu Bang Nabil..hahaha. Vote for Nabil….!!!!!

    Shiro – Teruskan melawak…punchline kasi mantap lg.. Undi Shiro!!!!

    Bocey ada harapan, teruskn usaha. Dpt masuk Final pn kira dh hebat.
    Comey kdg2 mmg lawak dgn trademark hang…! Hareeeee. Apacitaaa!!

  12. welcoming2014 says:

    nara pancing undi utk shiro nampakkkkk…tak payah la unjurkan perkara2 tak berfaedah pada masyarakat..ajak masyarakat buat benda baik kan lebih bagus..

    apapun, dalam pertandingan simple je..sapa bagus, dia menang..cuma masalah zaman sekarang ni adalah sistem undi..manusia selalunya undi peserta/kumpulan yg mereka suka bukan berdasarkan persembahan mantap/bagus, tapi sebab mereka fan artist tersebut..kalau persembahan tahap kanak2 sekolah menengah pun akan diundi juga sebab nakkan artist idola mereka menang..ini kenyataan kebanyakan fan di Msia..Dalam pertandingan melibatkan kaum lagi haru..jika ada bangsa tertentu yg masuk bertanding, nyanyi macam opera cina jinjang pun kaum dia akan undi gila2 sebab hadiahnya 1 juta takkan nak biar terlepas ke perserta kaum lain..ini mentality rakyat Msia yg berbilang kaum..

    harapnya rakyat Msia akan lebih matang dalam memilih..

    tak pun buat mcm aku je, tak payah nak undi2 sebab buang duit pada benda merapu nak buat apa..lg pun nak kayakan astro tu apa kes? sesekali ada free time tgk..bila takda masa, tak tgk pun takde hal..komen kat sini pun sebab aku tutup opis ini hari..masih bercuti :)

  13. putih melati says:

    sepahtu lawak cam gampang..
    lawak bodoh…pastu main2 ats pentas..
    tak layak jadi maharajalawak..
    baik jadi pencuci tandas..pekerjaan terbaik untuk korang especially rahim gendut tu…
    nabil, shiro n bocey is the best..

  14. putih melati says:

    bodoh…asal komen aku tak publish ni..

  15. peanut says:

    syj bagus la wei…! paling bagus tu Jambu.
    sepahtu & shiro dh x lawak sgt. kadang2 x ok…
    anyway…tahniah semua pelawak2.. taun depan aku nak jadi jurilah, sb aku ni susah nk ketawa. buang duit ja ambik d.yusof & lunak maya. aku suka nora jerk..

  16. Abang Simpati says:

    Baik duit undi tu g tlng orng banjir

  17. mawar says:

    bang nara..cubalah mintak komen jep pasal knp dia asik bhnkn kwn2 dia je..
    biar dia tau penonton x suke..biar dia insaf sikit hehe..
    anyway juara adalah SYJ!!

  18. abc says:

    semua peserta yang tinggal… semua ada peluang jadi juara…yg penting diaorg kena pintarkan lawak mereka…