January 4th, 2018

Filem KL Wangan yang diarahkan oleh Pekin Ibrahim telah ditayangkan sejak 21 Disember tahun lepas. Filem itu masih ditayangkan sehingga kini dan filem yang pembikinannya menelan belanja RM 5 juta itu bagaimanapun turut menjadi mangsa siaran langsung di FB Live secara haram.

Filem itu telah ditayangkan secara langsung di Facebook oleh individu tertentu pada 3 Januari (Selasa). Pekin telah membuat laporan polis petang semalam dengan salah seorang pelakon filem itu. Dia menulis di Instagram:

Tidak mampu berkata apa. Biar lah pihak berkuasa yang mengambil tindakan.

Tindakan Pekin mendapat sokongan pengikutnya. Di ruangan komen, @muhammadazfarfaiz menulis:

Kenapa masih lagi ada yang tak sedar walaupun ramai dah produser & director buat report tentang kes cetak rompak FB live ni.

Tolong la faham hasil kerja anak seni yang bersusah payah untuk hasilkan satu karya. Bukannya senang nak bersengkang mata pagi ke malam, malam ke pagi untuk cari rezeki. Cuba bayangkan yang cari rezeki tu ahli keluarga anda sendiri untuk bagi anak-anak anda makan. Tiba tiba hasil dicuri macam tu.

Hmm, mohon bro @pekin7words saman la yang buat live tu dengan bayaran viewers yang dah tonton. Kalau masih lagi ada yang buat sebegitu. Sekurangnya mereka sedar macam mana susahnya nak keluarkan duit. Selagi pekara ni tak ambil tindakan keras selagi tu masih ada pekara sebegini. Keep strong bro !”

Sebelum ini, filem Kau Yang Satu, Pinjamkan Hatiku dan Abang Long Fadil 2 juga menerima nasib serupa. – beautifulnara.com

December 27th, 2017

Selepas beberapa tahun cuba untuk meyiapkan filem keduanya, akhirnya Pekin Ibrahim tampil dengan filem permotoran KL Wangan yang baru sahaja ditayangkan di pawagam beberapa hari lalu. Menerusi akaun Instagramnya, kita dapat lihat Pekin berusaha kuat untuk mempromosikan filem tersebut agar dapat diterima baik oleh rakyat Malaysia. Iyalah, modal untuk menghasilkan filem tersebut bukanlah sedikit tetapi menelan belanja sebanyak RM 5 juta.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang sudah memberikan review negatif terhadap filem tersebut meskipun baru beberapa hari tayangannya. Mungkin terasa hati dengan apa yang dikatakan, Pekin meluahkan rasa kecewanya dan mendakwa pihak berkenaan seakan sengaja ingin mensabotaj naskahnya itu. Eh, takkanlah sampai begitu pula?

Menurut Pekin, tidak salah jika ingin menegur beliau untuk menghasilkan karya yang lebih baik tetapi janganlah cuba untuk “menghancurkan” filem tersebut.

Tidak salah rasanya untuk pengamal media ataupun penonton memberikan pendapat jujur tentang sesebuah filem itu, namun mungkin boleh lakukan ia dengan cara yang lebih baik agar tidak menyakitkan hati orang lain.  Ada pembaca yang dah tonton filem tersebut? Apa pula komen korang?