Written by Bella | December 27th, 2017

Selepas beberapa tahun cuba untuk meyiapkan filem keduanya, akhirnya Pekin Ibrahim tampil dengan filem permotoran KL Wangan yang baru sahaja ditayangkan di pawagam beberapa hari lalu. Menerusi akaun Instagramnya, kita dapat lihat Pekin berusaha kuat untuk mempromosikan filem tersebut agar dapat diterima baik oleh rakyat Malaysia. Iyalah, modal untuk menghasilkan filem tersebut bukanlah sedikit tetapi menelan belanja sebanyak RM 5 juta.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang sudah memberikan review negatif terhadap filem tersebut meskipun baru beberapa hari tayangannya. Mungkin terasa hati dengan apa yang dikatakan, Pekin meluahkan rasa kecewanya dan mendakwa pihak berkenaan seakan sengaja ingin mensabotaj naskahnya itu. Eh, takkanlah sampai begitu pula?

Menurut Pekin, tidak salah jika ingin menegur beliau untuk menghasilkan karya yang lebih baik tetapi janganlah cuba untuk “menghancurkan” filem tersebut.

Tidak salah rasanya untuk pengamal media ataupun penonton memberikan pendapat jujur tentang sesebuah filem itu, namun mungkin boleh lakukan ia dengan cara yang lebih baik agar tidak menyakitkan hati orang lain.  Ada pembaca yang dah tonton filem tersebut? Apa pula komen korang?

54 responses to Pekin Ibrahim Kecewa Filem KL Wangan Dapat Review Negatif

  1. khan says:

    mana meleis semua?? nanti suruh boikot film david teo lah, boikot mcd lah. ni sudah terang2 produk melayu kesayangan korang. tanak support kah??

    5

    6
    • Pekerja Gomen says:

      Aku bukan racist… sorry ye.. aku membesar dalam masyarakat majmuk…
      Jiran2 berbilang bangsa… office mate berbilang bangsa…
      rukun aman damai….
      tak kira ko bangsa apa…. produk ko berkualiti aku sokong…
      Kalau ko melayu jual merkuri, bahan kanser, produk tepi jamban…
      gi mammmmm

      49

      0
      • Miss Unibes says:

        Dah2 lah racing ni. Market sekarang lebih kepada contohlah KL Gangster, Munafik, Polis Evo, Coffee Prince, Suri Hati Mr Pilot ehhh termasuk pulak cerita Pattah Kayu Cendana. Lol. Baik kau mengarah drama je Pekin oi. Buleh kaya jugak mcm Mekel Ang. Pelakon2 pun dapat duit kebaboom! Biar org putih dan negro dan keling dan cina je bikin filem. Melayu bikin drama. Atau kau dramakan je lah KL Wangan ni. Jgn lupa masukkan sekali sepupu kau Danny XFactor berlakon. Lama aku tak nampak dia kat tv. Kat ig ada tapi tv mcm takde.

        13

        0
      • Erma says:

        Buat pilem mmg ada risiko berbanding drama. Drama dah kompirm stesen2 tv beli. Tak pyh nk sentap.

        14

        0
      • Mak Becok says:

        Hero Faizal Hussein.. ko dh knp bro …sesuai la flop. Baik ko ambik Dato Jalalludin Hassan je..

        30

        1
    • zack minangkabau says:

      bukan tak mau support. tengok la pelakon pun. berbakat tu ye la, tapi tak sedap mata memandang . lagi satu, masukkan la 2-3 orang pelakon popular. spend sjuta bayar sahenzy sam, zizan, johan, fataah amin dengan siti nordiana pun dah berbaloi n mampu tarik fan gi tengok film tu. poster ko tu , yang aku kenal 2 orang ja. ko dan faizal hussin. sapa la nak tengok

      26

      0
    • Pontianak Meraung says:

      Fattah Amin bogel..Faizal Hussein bogel… siapa makcik2 bawang kejar? Hihihiks

      18

      2
  2. Anonymous says:

    sorry ler… tak tgk sbb tak minat… setakat dgr org komen2 ni biasalah… ko sendiri pon komen filem org lain.. skrg rasakan!!!

    5

    0
  3. hye says:

    The thing is people nowadays pun tengok pelakon jugak, kalau rupa elok & pemes orang memang tengok, ni bukan aku yang cakap, Michael Ang yang cakap hehe

    2

    0
  4. Anonymous says:

    KL wangan….wangan tu bangang ke ? #akk tanya

    2

    0
  5. Anonymous says:

    Cerita Hang Takdak Mesej.

    Sekian

    20

    0
    • Anonymous says:

      kau rase rugi ke dia kalau kau tak tengok filem dia? yang kau ni panas sngt pehal?? lantak p la,sungguh btol kau erk…

      0

      9
      • Anonymous says:

        Tak rugi? Serious ah… kalau 10, 100 tak pun 1000 orang fikir sama mcm dia which is film dia xada message, aku rasa rugi tuuu… jgn buat lawak wey

        13

        0
      • Anonymous says:

        Memang rugi pun. Siapa suruh kau ambil pelakon2 sendu. Setakat muka mcm tu..hahaha..bangla lagi handsome la wey!

        12

        0
      • Anonymous says:

        Anon December 27, 2017 at 5:23 pm hang ni pekin ka?

        2

        0
  6. Anonymous says:

    itulah.. aku rasa susah nak sampai mesej tuh dengan plot yang macam ermm….. cuba lagi pekin

    2

    0
  7. Annon says:

    First impression je dah out bang pekin. Tajuk pun dah jemu dan confusing. Poster pun saing2 mat idham. Targline “filem aksi kereta” tu pn dah tak friendly bagi yg tak minat kereta. Market tersangat lah kecil. Tu pun belum sentuh bab competition drpd filem2 lain lagi.

    -Sekadar pendapat seorang pengguna.

    23

    0
  8. ohyeah.. says:

    race kereta atas jln raya a.k.a lebuh raya atau jln persekutuan itu adalah satu kesalahan kerana ia membahayakan pengguna jln raya termasuk racer sekali. oleh itu , aku tak sokong filem ko…sorry!

    11

    0
  9. Anonymous says:

    Pelakon dalam poster dua orang je org kenal.
    Filem aksi kereta dah banyak, dah tak in.
    Aksi kereta bukan semua org tengok jadi market kecik.
    Aku pula anti filem berunsur rempit and racing selain race di litar sahaja sebab tak bermoral.
    Ditambah produser emo2 dan pelqkon skandal macam Atikah Suhaime dlm filem Ahmad Idham, lagi tak mau tengok dah.
    Bukan benci filem melayu tapi pilih2 juga.
    Ada filem melayu tak meletup di pawagam tapi bagus juga aku suka
    Ada yang tak dpt nak suka
    Memandangkan tiket bukan free…produser ni kena respect pengkritik dan review juga. Kalau mix reviews public pergi lagi.

    13

    0
  10. Sai don says:

    Setuju sangat ngan komen zack & hye
    Tengok poster pun dah takde tarikan….
    Senang cakap nak buat movie ada 2 jenis…samada tuk buat duit or award…lagi best buat yg dpt buat duit & award…
    Belajo lagi formula buat movie dri SKOP production & producer2 yg box office…
    Mamat ne kekadang nmpk sombong..itulah filem tak menjadi….

    7

    0
  11. Anonymous says:

    Tengok poster pun nampak boring …bukan aje tengok wayang cd cetak rompak pun aku tak beli …. Tak dak semangat nak tengok……

    7

    0
  12. Sue says:

    Buat la cerita lain .. cerita mcm hauk dgn pelakon muka drebar lori simen ni x pyh la ambik wouiii

    13

    0
    • Anonymous says:

      Salah sgt movie n…poster dan tajuk pon dah x menarik. Pelakon2 plak sendu mendu dan genre yg sudah lama basi.

      Sebab tu la ..flop!

      7

      0
  13. Anonymous says:

    No commersial value dgn pelakon entah apa2.

    Budget ciput kot..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Faizal Hussein..alamak… mmg sesuai la filem ko jadi filem yg layak dimasukkn dlm tong sampah!!!

    1

    1
  15. Anonymous says:

    Takziah…

    3

    0
  16. nyah pondan jaya says:

    hero tua layak berlakon tanah kubur je bang oiii..

    0

    4
  17. Lol says:

    Ni la pewaris Ahmad Idham. Marketing strategy..failed!!!!!!

    8

    0
  18. Anonymous says:

    Punca..

    pelakon2 sendu + cerita sampah!

    K bai..

    6

    1
    • Anonymous says:

      Tengok poster pun x menarik… ditambah dgn pelakon2 yg x kenal. Resipi terbaik utk lepak kt rumah sambil makan kacang rebus nengok tv!

      6

      0
  19. Anonymous says:

    5 juta? Tapi ko x pentingkan kpd pelakon2. Ko ambek pelakon2 yng krik krik krik

    6

    0
  20. Anonymous says:

    Pelakon2 tak mantop. Siapa nak gigih bayor rm 10? Baik pergi makan cendol…

    2

    0
  21. Pengguna Bijak says:

    1. Timing x kne sebab ade citer lebih best lagi
    2. Poster x menarik
    3. Barisan pelakon krik krik krik

    Kami xkn membazirkan RM10 untuk citer camni… Sekian

    1

    0
  22. keri says:

    tak payahla buat filem lg..filem ko syok sendiri..aku bersumpah tak kan tgk filem ko..lps tgk cite mat moto bodo ko tu..failed!!

    2

    0
  23. Sorry says:

    Alamak bang..apasal poster kuning cair. x nampak la seri. dull je..
    Hero dah x sesuai dgn zaman sekarang
    Filem aksi kete tu saya suka tp…tgk FH adui…zaman ali setan tu bang..dah dua puluh tahun out dah ni….Kalau pelakon tambahan ke backup ke boleh la… Sorry la bang…bukan x support tp…x nak bazir duit.

    1

    0
  24. zahraa says:

    kami dh tngok ah ceta nie, buat mngantuk siot laa movie ni tak best(ni bgi pndgn kitaorg la)plus kita tak phm ceta ni ending lagi la tak phm langsung tpi mungkin pekin dh try yg tbaik so buat pekin try la lagi , org kata ” nak berjaya kena mula bgun dri kesilapan” semoga trus maju kehadapan ye pekin, all the best!

    1

    0
  25. Poster Sendu says:

    ehh dia ni sedap ckp nasi lemak modal sehenget, kau pernah niaga nasi lemak ke? baik 5juta tu buat niaga nasilemak, dr buat filem yg poster pon mcm buat pki m.words je. Dari tgk cite lumba kete, baik tgk drama Tamil, byk gak paedahye

    1

    0
  26. patahriuk says:

    pasni ko buat citer dari novel “permata yg hilang”..
    kompom meletop habis terbakar panggung..
    nak cri pelakon bukan susah pun..sbb semua akan ikut jer ckp pengarah

    0

    0
  27. melati says:

    Saya jamin Citer ni ….. “ASTRO FIRST pun reject “..kikiki

    0

    0
  28. wd says:

    bagi aku cerite ni best, lakonan faizal husin terbaik, lakonan pekin pun cantek…kereta2 pun best…cuma klu nk kata 5 juta tu…filem yg modal 3 juta pun nmpk lg eklusif kut…

    0

    0
  29. Jamal Bin Kencang says:

    Aku yang tak pergi tengok pun rasa menyesal. Apa lagi kalau pergi tengok.

    0

    0