Written by serenity | January 4th, 2018

Filem KL Wangan yang diarahkan oleh Pekin Ibrahim telah ditayangkan sejak 21 Disember tahun lepas. Filem itu masih ditayangkan sehingga kini dan filem yang pembikinannya menelan belanja RM 5 juta itu bagaimanapun turut menjadi mangsa siaran langsung di FB Live secara haram.

Filem itu telah ditayangkan secara langsung di Facebook oleh individu tertentu pada 3 Januari (Selasa). Pekin telah membuat laporan polis petang semalam dengan salah seorang pelakon filem itu. Dia menulis di Instagram:

Tidak mampu berkata apa. Biar lah pihak berkuasa yang mengambil tindakan.

Tindakan Pekin mendapat sokongan pengikutnya. Di ruangan komen, @muhammadazfarfaiz menulis:

Kenapa masih lagi ada yang tak sedar walaupun ramai dah produser & director buat report tentang kes cetak rompak FB live ni.

Tolong la faham hasil kerja anak seni yang bersusah payah untuk hasilkan satu karya. Bukannya senang nak bersengkang mata pagi ke malam, malam ke pagi untuk cari rezeki. Cuba bayangkan yang cari rezeki tu ahli keluarga anda sendiri untuk bagi anak-anak anda makan. Tiba tiba hasil dicuri macam tu.

Hmm, mohon bro @pekin7words saman la yang buat live tu dengan bayaran viewers yang dah tonton. Kalau masih lagi ada yang buat sebegitu. Sekurangnya mereka sedar macam mana susahnya nak keluarkan duit. Selagi pekara ni tak ambil tindakan keras selagi tu masih ada pekara sebegini. Keep strong bro !”

Sebelum ini, filem Kau Yang Satu, Pinjamkan Hatiku dan Abang Long Fadil 2 juga menerima nasib serupa. – beautifulnara.com

12 responses to ‘KL Wangan’ Bersiaran Di Facebook Live, Pekin Ibrahim Buat Laporan Polis

  1. Cik Kim says:

    Mahalnya RM 5 juta.

    2

    0
    • Miss Unibes says:

      Mestilah mahal. Kereta dia guna Lambo, Ferrari, mc laren. Tak main proton. Pelakon dia ambik Van Diesel, The Rock dan ahli kumpulan Spice Girl. Tak main Pattah Kayu Cendana.

      25

      0
    • mat says:

      aah, tapi aksi gempak gak ah. aku rasa dia spend banyak untuk aksi. kiranya filem terbaik lepas abang long fadzil kot dari segi aksi.

      3

      3
  2. benci itik pekin says:

    cite bodoh kau ada cetak rompak pun org tak nak beli! apetah lg kalau online mungkin budak² hisap pit je yang tengok cite sendu kau ni kuikuikui

    7

    6
  3. Anonymous says:

    Monyet ke yg teringin sngt nak rakam tu?Aku rela kena tangkap sebab rakam filem Frozen lagi dari filem sampah nie.

    5

    6
  4. Yaya says:

    Walaupun aku geli hati skit, tp at the same time aku kesian dgn pekin ni. Yelah, zaman skrg nak cari duit bukan senang. Rm5juta dia spend buat movie, kutipan masih sendu. Ntah2 x balik modal pun. Lps tu ada plak monyet pi buat fb live yg tak tau la brp org je viewer.
    Memang x patut. Karya org walau bagi kita cam sampah xde nilai, sekurang2 kita hormat.
    Jgn tabur pasir kt periuk nasi org. Say no to cetak rompak.

    51

    0
  5. Ayam says:

    Live free pun sorry la …tak tengok ..tak minat …boringggggggg

    13

    2
  6. melati says:

    Aduiiiii …Mamat ni perasan nya..!!!! kalo dia Pacak Filem dia kt Tgh Padang untuk org kampong tgk Free pun takder org tgk….hmmmmmm..(Dia ingat Pilem dia mcm Star Wars Kot) ….wakaakakakakakakakaaaa

    4

    3
  7. Minah ke do says:

    Wpn aku xbrp suke dgn filem2 aksi cmni,tp aku simpati kt pekin ni..die da buat sehabis baik utk bukak mte n minda msyarakat utk sokong filem tmpatan tp hasil die cmnila..ade kaum2 yg bingai nk rosakkn industri filem sndri..kalo filem melayu cmnila smbutan die..tp kalo filem luar yg xmsk dek akal tu bderu org g tgk..bjuta kutipan pecah pggung..so sad with our film industry..xtau ape yg penonton kite nk tgk sbnrnye..

    11

    0
  8. KL WanggeY says:

    yg buat live fb tu pun buat abis data jer…ntah brapa org jer yg tgk..
    citer JIBAM yg best tu pun x ramai yg tgk ni kan pulak citer yg x ntah apa2 ni..
    agaknya sukusakat ko jer yg buat..biar nmpk mcm gempak sgt jer citer tu hahahaha dan hahahaaa lagi..

    3

    2
  9. Anonymous says:

    Tak minat cerita kl wangan. Tajuk pun pelik. Poster hodoh.

    Tapi aku nak bagitau, tengok secara haram dosa. Samaada cetak rompak atau FB Live. Sebab itu hak Pekin. Kau faham tak hak. Tak relevan tau hak Pekin dengan filem tu best ke tak. Itu stik ciptaan dia.

    Netizen sila insaf bagi yang komen Pekin perasan. Lagilah rugi dia sebab lagi lah orang tak mau tgk filem dia.

    0

    0

Leave a Comment

Optional