Written by AbangNara | February 1st, 2017

Abang Nara dah lama kagum dengan Kim Jong Kook sepanjang menonton Running Man. Dia punya “gentleman” kepada para tetamu terutamanya wanita memang first class. Baru-baru ini episod istimewa Kim Jong Kook “blind date” pun tersangatlah best. Kelakar juga tengok aksi malu-malunya di samping seorang wanita. Untunglah sesiapa yang dapat menjadikan Kim Jong Kook sebagai suami.

kim jong kook

Dan berita gembira tentang pembatalan rancangan Running Man yang tidak terjadi adalah kerana Kim Jong Kook berjaya memujuk rakan-rakannya yang lain untuk meneruskan perjuangan mereka di dalam program ini. Pengarah Running Man telah pun berjumpa dengan Jong Kook dan bertanya sama ada dia mahu meneruskan rancangan tersebut. Selepas bersetuju, mereka berdua telah bertemu dengan 5 ahli Running Man yang lain di mana Jong Kook telah berjaya mengubah fikiran mereka. Ternyata Jong Kook bukan sahaja power dan gagah di dalam Running Man, malah begitu berkarisma di dunia sebenar sehingga dapat memujuk rakan-rakannya.

running man

Apa-apa pun, episod Running Man kebelakangan ini memang menghiburkan kerana memberi peluang untuk setiap ahli melakukan episod mereka sendiri. Tak sabar nak tengok episod Kwang Soo dan Jae Suk. Mesti super duper kelakar punya. Harap-harap tiada lagi persengketaan di antara ahli Running Man dan produksi selepas ini. Semoga Running Man berkekalan untuk selama-lamanya.

Written by Bella | January 17th, 2017

Bagi peminat rancangan popular Korea, Running Man, anda mungkin boleh melihat aksi bintang pujaan anda iaitu Kim Jong Kook, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin yang dikhabarkan bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi sebagai salah satu destinasi dalam siri jelajah Asia bermula bulan Februari depan.

Walaubagaimanapun, Yoo Jae Suk  dilaporkan tidak dapat menyertai acara berkenaan.Merek bakal memulakan siri jelajah tersebut di Taipei, Taiwan pada 10 Februari. Selain Malaysia dan Taiwan, program Running Man juga akan diadakan di Macao, Singapura dan Thailand.

Disebalik kegembiraan melihat kelima-lima bintang Running Man itu berada di pentas yang sama, peminat turut meluahkan rasa sedih kerana ia adalah persembahan terakhir bagi program tersebut.

Terdahulu, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo telah ditendang keluar daripada rancangan popular tersebut. Namun, mereka berdua mengetepikan segala apa yang berlaku buat seketika semata-mata mengenangkan segala persahabatan yang terjalin sepanjang tujuh tahun didalam Running Man dan mahu meninggalkan memori indah buat peserta dan peminat rancangan itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by AbangNara | December 14th, 2016

Selepas pemergian Gary, kini tiba giliran Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pula untuk menamatkan penampilan mereka di Running Man. Ji Hyo dan Jong Kook telah mengesahkan bahawa mereka bakal meninggalkan Running Man. Namun tarikh akhir kemunculan mereka masih belum ditentukan. Sebelum ini, peminat Running Man telah dikejutkan dengan pemergian Gary yang mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya muziknya.

ji hyo jong kook leaves running man
Berita sedih ini telah disahkan oleh kedua-dua agensi yang menjaga Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Kemungkinan besar pada tahun hadapan, Running Man akan muncul dengan beberapa wajah baru. Desas-desus menyatakan bahawa Kang Ho Dong bakal menjadi ahli Running Man yang baru.

running man

Nampaknya selepas 6 tahun bersama-sama, ahli kumpulan Running Man kini telah mula membawa haluan masing-masing. Tidak semua benda akan kekal abadi buat selamanya, lebih-lebih lagi program hiburan seperti Running Man. Pasti ramai yang bersedih dengan berita ini. Namun itulah kehidupan. Good luck and all the best untuk Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Terima kasih kerana menghiburkan kami selama ini.

Written by AbangNara | November 4th, 2014

Kehadiran 5 ahli Running Man iaitu Ji Seok Jin, Kim Jong Kook, Ha Ha, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo pada Sabtu lalu masih lagi diperkatakan sehingga ke hari ini. Kesemua hadirin yang menyaksikan konsert mereka rata-rata terhibur melihat gelacat lucu Running Man. Senang cerita, apa yang anda tengok di kaca tv, itulah yang ditunjukkan oleh mereka ketika menghiburkan ribuan rakyat Malaysia.

running man di malaysia

Diharap kehadiran Running Man seterusnya akan menyaksikan ketujuh-tujuh ahli mereka hadir bersama-sama. Pasti lebih meriah. Terima kasih kepada OneHD kerana berjaya membawa Running Man ke Malaysia. Anda memang daebak. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Harga rokok naik RM1.50 mulai 5 November