Tiket Konsert Kim Jong Kook Habis Hanya Dalam Masa Seminit

Trending

Tiket Konsert Kim Jong Kook Habis Hanya Dalam Masa Seminit

jongkook

‘Muscle Man’ yang popular di dalam rancangan Running Man memulakan karier sebagai kumpulan duo bernama Turbo pada tahun 1995. Beliau yang lahir pada tahun 1976 meneruskan karier solonya pada tahun 2001 selepas kumpulan itu dibubarkan. Lagu-lagu yang telah dinyanyikan oleh beliau dan Bersama Turbo sangatlah hebat hinggakan masih popular pada masa kini.

Advertisement

Sambil bergerak secara solo Kim Jong Kook lebih menumpukan masanya sebagai penghibur pada masa kini. Pernah terlibat dalam siri X-Men dan kini Running Man dia juga menjadi MC dalam rancangan ‘I Can See Your Voice’.

Pada awal tahun ini Kim Jong Kook telah mengumumkan akan mengadakan konsert dan tiket konsertnya telah habis dijual hanya dalam masa seminit. Konsert yang akan diadakan di Samsung Hall Ehwa University berlansung pada 29 hingga 31 Mac 2019.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.