January 17th, 2017

Bagi peminat rancangan popular Korea, Running Man, anda mungkin boleh melihat aksi bintang pujaan anda iaitu Kim Jong Kook, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin yang dikhabarkan bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi sebagai salah satu destinasi dalam siri jelajah Asia bermula bulan Februari depan.

Walaubagaimanapun, Yoo Jae Suk  dilaporkan tidak dapat menyertai acara berkenaan.Merek bakal memulakan siri jelajah tersebut di Taipei, Taiwan pada 10 Februari. Selain Malaysia dan Taiwan, program Running Man juga akan diadakan di Macao, Singapura dan Thailand.

Disebalik kegembiraan melihat kelima-lima bintang Running Man itu berada di pentas yang sama, peminat turut meluahkan rasa sedih kerana ia adalah persembahan terakhir bagi program tersebut.

Terdahulu, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo telah ditendang keluar daripada rancangan popular tersebut. Namun, mereka berdua mengetepikan segala apa yang berlaku buat seketika semata-mata mengenangkan segala persahabatan yang terjalin sepanjang tujuh tahun didalam Running Man dan mahu meninggalkan memori indah buat peserta dan peminat rancangan itu.

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...