September 27th, 2012

Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada Khairul Fahmi yang popular dengan nama Apek sudah menemui cinta baru selepas gagal dalam percintaan sebelum ini. Walaupun sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengan Leuniey Natasha, Apek menafikan yang mereka berdua bercinta. Hanya sekadar kawan biasa.

apek dan leuniey bercinta

Sebentar tadi, menerusi Instagram, Apek telah pun mengupload gambarnya bersama Leuniey seperti di atas dengan caption “US”. Tambah menarik apabila Leuniey turut sama mengupload gambar dengan caption yang sama menerusi akaun Instagramnya pulak. Adakah mereka berdua kini sudah sah menjadi pasangan kekasih?

apek dan leuniey bercinta

Pastinya ramai gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan berita ini. Namun Abang Nara gembira kerana di mata ini Apek dan Leuniey memang sama cantik sama padan.  Diharap selepas ini tiada lagi kontroversi yang melanda Apek sekaligus Apek dapat fokus terhadap kerjayanya. Semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

P.S: Bisnes kad lutsinar.

December 8th, 2011

Anugerah Bintang BeautifulNara 2011 (ABBN2011) diwujudkan untuk memberi pengiktirafan kepada artis-artis tanah air yang ada mengikut suka hati Abang Nara. Ini adalah anugerah ciptaan sendiri sekadar suka-suka sebagai penutup tahun 2011.Kalau anda tak suka, anda boleh nominasikan artis-artis yang anda rasa layak di ruangan komen. Untuk hari ini, kategorinya ialah Artis Lelaki Paling Glamour .

aabn2

Calon-calon Top 5 untuk kategori ini ialah:-

1. Aaron Aziz

aabn2

Seth Tan, Abang Long dan yang terbaru Hariz dalam Ombak Rindu sememangnya menaikkan nama Aaron Aziz. Rasanya hampir 70% drama dan filem Melayu tahun 2011 akan menampilkan wajah Aaron Aziz. Memang murah rezeki. Dan Abang Nara tak ada masalah dengan perkara ini kerana lakonan Aaron Aziz memang tip top. Walaupun sudah berkeluarga, Abang Nara percaya ramai gadis-gadis di luar sana yang jatuh hati dengan Aaron Aziz. Senang cerita, tahun 2011 memang milik Abang Long.

2. Khairul Fahmi Che Mat @ Apek
aabn2

Artiskah Khairul Fahmi ini sehingga boleh tercalon di dalam kategori ini. Artis atau tidak, nama Apek memang meletup pada tahun 2011. Walaupun kisah percintaan, pertunangan, putus tunang, bercinta dengan Dahlia Teck dan penyebaran gambar bersama Shida Harmi, Apek tetap beraksi cemerlang setiap kali menjaga gawang gol Malaysia. Kepopularitian Apek terbukti apabila setiap kali dia beraksi, namanya akan trending di Twitter. Tahniah Apek ~~

3. Shaheizy Sam

sam

Tak lengkap rasanya kalau tiada Sam di dalam pencalonan Top 5 untuk kategori Artis Lelaki Paling Popular. Selain daripada Aaron Aziz, Sam sememangnya menguasai dunia perfileman Malaysia tahun ini. Filem Kongsi, Songlap, Bini-Biniku Gangster dan banyak lagi membuatkan nama Sam agak kukuh tahun ini. Masih single dan menjadi idaman ramai wanita, Sam sememangnya seorang artis yang sempoi dan mesra peminat.

4. Syamsul Yusof
syamsul yusof

Sebenarnya Syamsul Yusof adalah calon kegemaran Abang Nara di dalam kategori ini. Mungkin ramai yang lebih menyukai Aaron Aziz, tapi bagi Abang Nara Syamsul Yusof adalah permata di dalam dunia perfileman kita. Filem KL Gangster arahannya telah pun mencipta sejarah dengan kutipan tertinggi pernah dicatatkan oleh filem Melayu. Ditambah pula dengan kemenangan selaku Pengarah Terbaik di FFM24 baru-baru ini, Syamsul Yusof sudah pasti menjadi sebutan di bibir gadis-gadis yang ingin menjadi buah hatinya.

5. Remy Ishak
remy

Sebenarnya Abang Nara confuse nak pilih sama ada Remy Ishak ataupun Adi Putra sebagai calon terakhir untuk kategori ini. Adi Putra pun tengah top sekarang ini dengan watak Zikir di dalam drama Tentang Dhia. Namun begitu, Abang Nara rasa Remy Ishak lebih layak menjadi Top 5 atas prestasi konsistennya tahun ini. Dan berita kurang baik untuk awek-awek di luar sana, Remy Ishak sememangnya sedang bercinta dengan Tiz Zaqyah. Dan nama gelaran untuk mereka berdua ialah R.I.T.Z. Cute kan?

So macam mana dengan Top 5 Abang Nara untuk Anugerah Bintang BeautifulNara 2011 Kategori Artis Lelaki Paling Glamour? Mantap kan? Mana satu pilihan anda? Sebenarnya agak sukar untuk membuat pemilihan Top 5 sebab kebanyakan artis-artis lelaki di Malaysia ini semua mantap-mantap belaka. Sila mengundi di bawah ini. Kalau anda rasa ada yang lebih layak, sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.


P.S: Abang Nara yakin dan pasti Aaron Aziz akan menang.

July 25th, 2011

Lama rasanya tidak menggunakan perkataan berantakan. Namun mungkin itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan desas-desus mengenai pertunangan Jejari Runcing (Elia) dengan penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama manja Apek.

khairul fahmi apek

Buat yang tidak nampak apa yang ditulis di atas, menurut satu sumber katanya Apek dilihat bersama dengan seorang wanita lain baru-baru ini. Desas-desus keretakan ini dikuatkan pula dengan entri terbaru di blog Jejari Runcing yang bertajuk “Doaku Buat Kekasih”.

Abang Nara mendoakan agar desas-desus ini adalah tidak benar sama sekali. Abang Nara berharap agar ini cuma khabar angin yang disebarkan oleh mereka yang dengki dengan kebahagiaan Apek dan Elia. Buat Apek dan Elia, semoga tabah menghadapi dugaan semasa pertunangan. Darah tengah manis kena banyak tarik nafas dalam-dalam. Tak gitu?

December 30th, 2010

khairul fahmi

Nampaknya Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek kini menjadi kegilaan remaja-remaja perempuan selepas aksi menariknya di Piala Suzuki AFF Cup. Diminta mereka yang meminati Apek tidak kecewa kerana sesungguhnya dia sudah pun menjadi kekasih hati. Nama aweknya ialah Farah. Di bawah ialah gambar buah hati Apek.

awek apek

Sedikit info tentang Apek. Dia dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Januari 1989. Tahun ini Apek baru berusia 21 tahun. Apek mempunyai darah campuran Melayu + Cina. Apek adalah penjaga gol terbaik untuk Liga Super bagi tahun 2010. Apek tidak diturunkan untuk perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di mana Indonesia membelasah Malaysia 5-1.

Untuk anda yang meminati Apek, sila join Facebook Fan Page Khairul Fahmi. Dan kalau anda berminat untuk mengenali Apek daripada sudut mata kekasih hatinya, sila baca blog awek si Apek ini. Nama awek si Apek ini kalau tak silap kami ialah Elia.

Kepada Apek, aksi anda semalam memang terbaik dari ladang.