March 13th, 2020

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan waran tangkap kepada usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman selepas dia gagal hadir ke sesi pendakwaan kes di mahkamah tanpa sebarang alasan kukuh.

sajat waran tangkapSebelum ini, dia dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984. Jika sabit kesalahan boleh dihukum iaitu denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, Sajat tidak memberikan kerjasama dan tidak hadir pada pengurusan kes tersebut pada pagi semalam.

waran tangkap sajat

Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Terdahulu, Sajat pernah dihadapkan di mahkamah sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

sajat jakim

Malah, dia juga pernah didakwa memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019. Ia adalah tindakan susulan selepas, pegawai Unit Farmasi, KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, kira-kira 12 tengah hari, 15 Ogos lalu sebelum merampas 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000.

Sumber Berita : Harian Metro

February 5th, 2020

Meskipun dikecam teruk gara-gara tindakannya memakai pakaian menyerupai wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah, Nur Sajat sehingga hari ini mendiamkan diri dan enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut.

sajat umrah

Terbaru, menerusi akaun Instagramnya Sajat memuat naik video di kini masih di Tanah Suci Makkah. Mengenakan telekung berwarna hitam, Sajat dilihat sedang memberikan sedekah berupa makanan dan minuman kepada orang ramai.

Sajat di ruangan kapsyen juga mengatakan dia berada dalam kedaan baik dan sangat tenang sepanjang berada di Tanah Suci.

 

sajat tanah suci

Netizen harap Sajat berubah

sajat umrah

sajat kongsi video sedekah makanan

sajat

sajat tenang di makkah

Perkongsian Sajat itu mendapat perhatian ramai. Tidak dinafikan, niatnnya untuk memberikan sedekah adalah mulia tetapi rata-rata netizen berharap agar usahawan kosmetik itu berubah dan kembali ke pangkal jalan.

Terdahulu, Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah. Sajat sebelum ini dikecam teruk dan ramai yang  menyifatkan tindakannya berpakaian seperti wanita telah memberi imej buruk kepada agama dan negara.

February 5th, 2020

Kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman yang memakai telekung semasa menunaikan umrah beberapa hari lepas masih lagi rancak diperkatakan. Ramai yang terkejut dan marah apabila dia tampil sebegitu di Tanah Suci dan seakan mempersendakan agama.

sajat umrah

Agak kecewa juga dengan tindakan “berani mati” Sajat itu yang tidak menghormati tempat ibadah paling suci buat umat Islam. Pada masa yang sama, dia sudah mengganggu fokus jemaah lain untuk beribadah gara-gara kontroversi tersebut yang sudah tersebar luas sehingga ke pengetahuan pihak berkuasa Arab Saudi.

Baru-baru ini, rata-rata netizen mula membandingkan Sajat dengan seorang lagi usahawan kosmetik lelaki berpenampilan wanita iaitu Safiey Illias yang kini sudah kembali menyerupai seorang wanita.

Tidak dinafikan Safiey selalu “menukar” jantinanya tetapi dia tetap menunjukkan contoh yang baik. Ketika berangkat ke Tanah Suci, Safiey kembali ke fitrah asalnya, mengenakan ihram dengan berpenampilan seperti lelaki sejati semasa menunaikan umrah.

Tetap pakai ihram seperti lelaki

sajat safiey

sajat safiey sajat safiey sajat safiey

Terdahulu, Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah.

Apa yang dilakukan oleh Sajat itu memang salah dan isu tersebut harus dipandang serius. Bak kata pepatah, niat tidak menghalalkan cara.

February 5th, 2020

Sejak beberapa hari lalu, kecoh isu Nur Sajat mengenakan pakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah yang telah mengundang kecaman hebat masyarakat.

sajat umrah

Namun, Sajat mengakui penampilannya ketika menunaikan umrah akan menjadi perhatian ramai dan mengundang kontroversi. Sajat menjelaskan perkara tersebut menerusi video temu bual bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi saluran YouTube.

Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah.

sajat umrah

Bagi saya itu antara saya dengan Allah yang penting nawaitu (niat), benda ini sebab kalau tanya semua orang nak pergi ke sana.

Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta, nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak.

Terdahulu, foto Sajat bertelekung viral di media sosial dan di kecam ramai. Isu tersebut turut mendapat perhatian pihak kerajaan yang menyifatkan tindakannya berpakaian seperti wanita telah memberi imej buruk kepada agama dan negara. Malah, ia turut menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Sumber Berita : mStar Online