Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Biarlah Itu Antara Saya Dengan Allah – Sajat Jelaskan Isu Pemakaian Ketika Umrah

sajat umrah

Sejak beberapa hari lalu, kecoh isu Nur Sajat mengenakan pakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah yang telah mengundang kecaman hebat masyarakat.

sajat umrah

Advertisement

Namun, Sajat mengakui penampilannya ketika menunaikan umrah akan menjadi perhatian ramai dan mengundang kontroversi. Sajat menjelaskan perkara tersebut menerusi video temu bual bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi saluran YouTube.

Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah.

sajat umrah

Bagi saya itu antara saya dengan Allah yang penting nawaitu (niat), benda ini sebab kalau tanya semua orang nak pergi ke sana.

Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta, nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak.

Advertisement

Terdahulu, foto Sajat bertelekung viral di media sosial dan di kecam ramai. Isu tersebut turut mendapat perhatian pihak kerajaan yang menyifatkan tindakannya berpakaian seperti wanita telah memberi imej buruk kepada agama dan negara. Malah, ia turut menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 Comments

  1. Anonymous

    February 6, 2020 at 8:14 am

    Yg salahnya di sini adalah caranya. Niat & cara mesti betul kalau kita nak dapatkan redha Allah. Kalau niat baik, tapi cara tak betul pun Allah x terima. Contoh, niat nak cemerlang dalam peperiksaan tapi dgn cara menipu / meniru. Adakah Allah redha? Atau kita dah betul niat solat kerana Allah tapi rukun solat x diikut? Adakah solat kita sah di sisi Allah? Anyway saya bukan mengecam ye, sekadar membetulkan tanggapan anda. Tolong jangan anggap semua yg tidak bersetuju itu mengecam anda.

  2. Anonymous

    February 6, 2020 at 5:49 am

    sajat nie harus di jatuhkan hukuman mengikut syariat Islam. dia telah menghina agama Islam, menghina kesucian Tanah Haram dan menghina seluruh umat Islam. Moga Allah s.w.t melaknati dan menghina sajat nie. Allahuakhbar!!!!

  3. Eko

    February 6, 2020 at 2:12 am

    Allahu Ashnik. Ada syarat sah umrah. Lelaki kena pakai ihram. Niat je tak cukup utk dapat pahala umrah. Belajar lagi ya dik. Dia maybe dapat pahala sedekah di sana.. tapi umrah dia tidak sah.

  4. Anonymous

    February 5, 2020 at 5:24 pm

    ashnik, niat tidak menghalalkan cara. urusan dia dgn Allah? dlm Quran pun ada sebut amar makruf nahi mungkar. bila ada kemaksiatan, ditegah dan dibanteras. bukan dibiarkan semata2 dgn alasan itu bukan urusan kita, itu antara dia dgn Allah. bayangkan kalau semua org guna alasan yg sama? maksiat terus di sini sana kerana kita hanya memikirkan hal dosa pahala kita sahaja.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top