February 19th, 2014

Abang Nara ingatkan dah tamat perbicaraan kes antara Jimmy Shanley dan bekas isterinya, Nursuhaila, rupa-rupanya masih lagi di dalam perbicaraan. Terbaru, Suhaila mahu mengubah perintah hak bekas suaminya untuk bermalam kerana bimbang Jimmy tidak mampu menjaga anak mereka pada waktu malam kerana tinggal seorang diri.
jimmy shanleyMenurut Suhaila, anak mereka iaitu Zahra Rania menghidap penyakit “brochiolitis” dan takut sakit itu menyerang ketika Zahra bermalam bersama bapanya. Kata Suhaila menerusi Harian Metro:-

Anak kami menghidap penyakit “brochiolitis” yang menyebabkan demam, batuk, selsema dan sesak nafas sejak Oktober 2012, justeru saya bimbang penyakit itu menyerang anak saya ketika bermalam di rumah bapanya.

zahra raniaSuhaila juga turut mempersoalankan komitmen Jimmy untuk meluangkan masa berkualiti dengan Zahra kerana bekas suaminya itu bekerja dari 6 pagi hingga 10 pagi di sebuah stesen radio. Apa pun permintaan dan keputusan yang dibuat kelak diharap adalah untuk yang terbaik buat anak mereka. Jangan fikirkan kepentingan diri sendiri sahaja. Kalau susah nak jaga, bagi kat Abang Nara pun boleh. Comel kot Zahra Rania nie. Serius rasa nak cubit je. Hehehe.

P.S: Fosil gigi dinosaur ditemui di Pahang

December 7th, 2012

Hati seorang ayah pastinya sedih jika dihalang daripada bertemu dengan anaknya sendiri. Abang Nara boleh faham perasaan Jimmy Shanley. Pasti sedih tidak dapat berjumpa anak lebih-lebih lagi yang menghalang ialah bekas bapa mertua sendiri.
jimmyMenurut laporan Kosmo hari ini, Jimmy Shanley diharamkan daripada menjejakkan kaki ke rumah tempat tinggal anaknya di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh oleh bapa mertuanya, Datuk Suhaimy Othman sejak bulan Januari 2011. Kata Jimmy:-

Kali terakhir saya bertemu anak saya ialah pada April lalu, itu pun apabila bekas ibu mertua (usahawan kosmetik, Datin Muniroh Kassim) membawa anak saya ke rumah saya sendiri.

Pasti Jimmy sedih kerana tidak dapat melihat keletah si comel Zahra Rania. Abang Nara turut simpati kepada Zahra Rania kerana tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Semoga bekas bapa mertua Jimmy Shanley terbuka hati untuk membenarkan mereka berdua bertemu. Sama-sama kita doakan.

August 29th, 2012

Perbicaraan kes mahkamah Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila kini memasuki fasa yang seterusnya apabila Jimmy semalam menyerahkan 2 salinan video kepada mahkamah untuk mempertikaikan kelayakan isterinya menuntut hak penjagaan anak mereka, Zahra Rania Shanley.

video isteri jimmy

Selain daripada video, Jimmy turut menyertakan cetakan salinan SMS daripada ibu mertuanya, Datin Muniroh Kassim dan Nursuhaila. Kes ini terpaksa ditangguhkan sehinggalah Suhaila sendiri melihat video tersebut. Buat masa ini, isi kandungan video tersebut tidak dimaklumkan kepada pihak umum.

June 12th, 2012

Semalam, Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy telah gagal untuk mencapai persetujuan bersama tentang hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.  Untuk makluman, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Zahra Rania Shanley, 10 bulan.
jimmy
Menurut Harian Metro, Suhaila telah menawarkan hak penjagaan sama rata iaitu bergilir-gilir setiap minggu. Namun Jimmy tidak bersetuju dan mahukan hak penjagaan terhadap anaknya itu dibahagi sama rata dalam seminggu. . Namun, Nursuhaila tidak bersetuju dengan tawaran itu sebaliknya memberikan tawaran balas pula iaitu Jimmy boleh melawat dan bersama anaknya di rumah Nursuhaila.

jimmy

Oleh kerana persetujuan gagal dicapai oleh kedua-dua belah pihak, hakim telah menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan hadanah (hak penjagaan anak) untuk pasangan suami isteri ini. Abang Nara doakan agar mereka berdua dapat mencapai kata sepakat demi kepentingan masa depan anak mereka sendiri.