March 8th, 2010

kecik johan raja lawak 4

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kecik akhirnya dinobatkan selaku johan @ juara Raja Lawak Musim Ke 4 sebentar tadi. Idlan Pon Pon pulak membawa balik trofi naib johan sementara Alex yang bagi kami adalah terpaling lawak di final sebentar tadi mendapat tempat ketiga.

Atas jasa baik pihak Astro, Abang Nara telah berjaya tengok final Raja Lawak 4 secara live di Dewan MBSA. Itu yang lambat sikit update keputusan nie. Serius best sangat-sangat. Masa iklan Jozan punya lawak memang boleh buat pecah usus. Terima kasih kepada pembaca-pembaca bertuah BeautifulNara yang sudi datang tadi. Korang memang best.

Sedikit motivasi untuk kita semua, kumpulan Kecik sebelum bergelar Juara Raja Lawak 4 merupakan penjaga cybercafe dan seorang penjaga pam minyak. Memang betul kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sekarang mereka telah femes dan mampu mengubah hidup masing-masing. Kami suka dengan cara kumpulan Kecik yang sentiasa meletakkan Allah sebagai tempat pertama dalam ucapan terima kasih mereka. Nampak terserlah kejujuran dan keikhlasan mereka.

Buat kesemua peserta Raja Lawak 4, semoga terus maju jaya dalam bidang anda selepas ini. Selamat menempuh pancaroba dunia hiburan tanah air Malaysia. All the best dan good luck.

P.S: Sempat bergambar dengan idola Abang Nara sebentar tadi. Sapa lagi kalau bukan Abang Jem @ Salleh Yaakob. Walaupun sekejap tapi sempat gak Abang Jem wat lawak. Memang hebat.

March 5th, 2010

tahniah

Sumpah banyak gila email yang kami terima untuk tiket ke gelanggang Final Raja Lawak 4. Mula-mula risau jugak kalau tak ada sambutan. Hampir-hampir mengalir air mata kerana terharu dengan sambutan anda semua. Susah jugak nak buat pilihan. Jadi kami just amik undian secara random sahaja.

Jika anda tak terpilih kali ini, maafkanlah kami. Tiket hanya ada 10 keping je. Niat di hati nak bawak semua pembaca BeautifulNara. Tapi apakan daya. Kalau ada kesempatan, lain kali kami akan cuba bagi tiket lagi untuk aktiviti-aktiviti lain. Doa-doalah yang Astro bermurah hati untuk bagi tiket konsert Akademi Fantasia 8 nanti.

facebook beautifulnara

Kami sangat galakkan anda jadi fans BeautifulNara di Facebook sebab kat situ kami akan bagitau banyak benda-benda sebegini.  Lagi cepat info yang bakal anda dapat. Dan selalu pepagi kami ada bukak topik sembang-sembang. Meh la join buat kasik meriah lagi. Setakat nie dah ada 5,000 fans BeautifulNara. Jom tolong kami cukupkan sampai 100,000 fans.

Kepada pemenang, sila check sms handphone anda sebab kami dah sms. Salin nombor tersebut dan kita jumpa di pintu masuk Dewan MBSA hari Ahad ini. Sila berkumpul tepat jam 7.45 malam. Kalau tak dapat pergi, sila reply sms dan bagitau yang anda tak boleh pergi. Nanti kami akan gantikan dengan orang lain.

Berikut adalah senarai 5 orang yang terpilih. Semua pun nak bawak pasangan masing-masing, so 5 kali 2 maka cukuplah 10 keping tiket.

  • Norasmayani Bt Kamaruddin (2 orang)
  • Noorfarahim binti Azemi(2 orang)
  • Muhammad Iqbal bin Ishak (2 orang)
  • Faridatul Azna Aziz (2 orang)
  • Zayana Osman Shah (2 orang)
  • Norasmayani Bt Kamaruddin (2 orang)

Terima kasih kepada Astro sekali lagi yang sudi berkongsi tiket ini dengan anda semua.