(TAHNIAH)Kecik Juara Raja Lawak 4, Final Raja Lawak Yang Mantap

Hiburan

(TAHNIAH)Kecik Juara Raja Lawak 4, Final Raja Lawak Yang Mantap

kecik johan raja lawak 4

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kecik akhirnya dinobatkan selaku johan @ juara Raja Lawak Musim Ke 4 sebentar tadi. Idlan Pon Pon pulak membawa balik trofi naib johan sementara Alex yang bagi kami adalah terpaling lawak di final sebentar tadi mendapat tempat ketiga.

Advertisement

Atas jasa baik pihak Astro, Abang Nara telah berjaya tengok final Raja Lawak 4 secara live di Dewan MBSA. Itu yang lambat sikit update keputusan nie. Serius best sangat-sangat. Masa iklan Jozan punya lawak memang boleh buat pecah usus. Terima kasih kepada pembaca-pembaca bertuah BeautifulNara yang sudi datang tadi. Korang memang best.

Sedikit motivasi untuk kita semua, kumpulan Kecik sebelum bergelar Juara Raja Lawak 4 merupakan penjaga cybercafe dan seorang penjaga pam minyak. Memang betul kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sekarang mereka telah femes dan mampu mengubah hidup masing-masing. Kami suka dengan cara kumpulan Kecik yang sentiasa meletakkan Allah sebagai tempat pertama dalam ucapan terima kasih mereka. Nampak terserlah kejujuran dan keikhlasan mereka.

Buat kesemua peserta Raja Lawak 4, semoga terus maju jaya dalam bidang anda selepas ini. Selamat menempuh pancaroba dunia hiburan tanah air Malaysia. All the best dan good luck.

P.S: Sempat bergambar dengan idola Abang Nara sebentar tadi. Sapa lagi kalau bukan Abang Jem @ Salleh Yaakob. Walaupun sekejap tapi sempat gak Abang Jem wat lawak. Memang hebat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...