Written by Bella | November 7th, 2019

Tindakan pelakon Janna Nick yang kerap memuat naik foto bersama pelakon baru berdarah kacukan, Dini Schatzmann mengundang spekulasi mereka sedang dilamun cinta. Bagaimanapun, aktres itu sebelum ini memberitahu mereka hanya sekadar berkawan sahaja.

janna nick dini schatzmann

Terbaru, Janna akui dia dan Dini sedang hangat bercinta dan hubungan mereka mulai serius sekitar bulan Jun lalu.

Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius. Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.

janna nick dini schatzmann

Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini.

Janna jatuh hati dengan keperibadian Dini yang baik hati dan selalu membahagiakannya. Menyifatkan lelaki itu satu dalam sejuta.

janna nick dini schatzmann

Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain. Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati.

Berbunga-bunga nampaknya hati Janna, dapat seorang kekasih yang baik hati dan memahami. Apa-apa pun, kami doakan agar hubungan mereka kekal bahagia dan ada jodoh sehingga ke fasa seterusnya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | May 2nd, 2018

Sudah berjaya dalam kariernya, ramai juga yang tertanya mengapa pelakon Janna Nick sehingga hari ini masih belum mempunyai teman istimewa. Apa agaknya ciri-ciri lelaki idaman beliau?

Menurut Janna, beliau hanya menginginkan seorang lelaki yang rajin dan sederhana sahaja. Buat Janna, kekayaan serta wang ringgit bukanlah penentu kebahagiaan.

Memang saya tak pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin lelaki kaya. Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan lelaki kaya sering berfikiran semua wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit.

Lagipun, saya memang tidak bergaul dengan golongan seperti itu, malah mereka dapat berasakan saya sangat sukar dijerat dengan kemewahan. Saya tidak kisah jika bakal suami nanti tidak kaya. Asalkan dia rajin, itu sudah memadai kerana boleh juga membantu bisnes saya. Kalau malas, saya tendang saja.

Betul kata Janna,  bukan semua wanita mudah diperdaya dengan wang ringgit yang hanya menjanjikan kemanisan di luaran sahaja. Biarlah tidak kaya harta tetapi kaya dengan kasih sayang dan cinta. Gituuu..

Sumber Berita : BH ONLINE