May 10th, 2020

Menjelaskan hubungan yang terjalin sejak dua tahun lalu tidak terjejas, pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann mengharapkan doa yang baik-baik agar hubungan cintanya dengan Janna Nick ke jinjang pelamin.

janna nick Dini schatzmann

Meskipun baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila ada individu mendedahkan berita bahawa pasangan ini yang difahamkan telah kahwin lari di Satul, selatan Thailand, namun ia tidak memberi sebarang kesan terhadap hubungan mereka.

Menurutnya, kekecohan itu berlaku pada malam pertama Ramadan sekaligus menyebabkan dirinya berasa terkejut dan tidak menyangka bahawa ada individu tidak bertanggungjawab ingin memfitnahnya di bulan mulia ini

Disoal mengenai hubungan cintanya bersama Janna, beiau akui memang merancang untuk ke peringkat perkahwinan kerana hubungan mereka difahamkan semakin serius.

“Sekiranya semuanya ditetapkan, pasti saya akan berkongsi berita gembira ini. Janna juga sudah beberapa kali menemui ibu saya.

Bagaimanapun, saya kesal ada yang berniat jahat mahu menjatuhkan reputasi dan nama baik saya dan Janna pada bulan Ramadan,” katanya kepada BH Online.

janna nick Dini schatzmann

Dini yang juga bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada itu turut mengimbau bibit cinta ketika pertama kali bertemu Janna semasa penggambaran drama Bukan Cinta Aku pada Julai 2018.

janna nick Dini schatzmann

Dini difahamkan tertarik dengan karakter dan personaliti Janna yang kasar namun kata Dini, pasangannya itu seorang yang sangat lembut dan penyanyang.

Tambahnya lagi, mereka mula berkenalan selepas habis penggambaran drama Bukan Cinta Aku, malah sejak dari itu ikat perhubungan mereka semakin rapat dan kini semakin serius dan saling mengenali antara satu sama lain.

Sumber: BH Online


One response to “Dini Schatzmann Akui Hubungan Cinta Dengan Janna Nick Semakin Serius”

  1. Aiman hakim. says:

    Semoga hubungan ini sampai ke pelamin dan sampai ke.jannah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...