December 20th, 2013

Kalau sebelum ini, Abang Nara ada keluarkan artikel mengenai Hanez Suraya yang dikatakan meniru stail selebriti lain. Selebriti lain yang dimaksudkan itu tak lain tak bukan si cantik manis, Nur Fazura. Secara jujur, kalau anda melihat gambar-gambar Hanez dan Fazura, memang ada sedikit persamaan antara mereka berdua. Namun tidaklah sampai keliru mana satu Hanez dan mana satu Fazura.

fazura dan hanez suraya

Menerusi Harian Metro hari ini, Hanez Suraya diminta memberikan komen mengenai sindiran Fazura yang kononnya ditujukan kepada dirinya. Kata Hanez:-

Saya tak tahu nak komen dan tak berani cakap lebih sebab saya tak nampak benda itu. Dia tak sebut nama pun dalam sindiran itu, jadi saya tak berani nak jawab. Nanti tak pasal-pasal bergaduh pula.

Saya tidak sempat baca atau lihat kenyataan yang dikeluarkan itu. Seingat saya, kami tak pernah ada masalah sebab hubungan kami okey saja selama ini.

fazura dan hanez suraya

Bagi Abang Nara, biasalah kadang-kadang ada persamaan dalam penampilan dan imej. Mungkin rujukan yang digunakan oleh Fazura dan Hanez Suraya ketika berfesyen adalah rujukan yang sama. Kalau memang sesuai dan tampak menawan dengan penampilan sebegitu, apa salahnya kan? Asalkan jangan sampai tahap tak boleh beza sudah la. Hehehe.
fazura dan hanez surayaP.S: Hebatnya www.esgesee.com ini yang menawarkan fesyen terkini dari Korea secara borong. Kesemua produk adalah “ready stock”, hanya memerlukan 1 hari untuk penghantaran ke Malaysia dan ada menyediakan khidmat dropship untuk para peniaga online. Anda tak perlu ke Kenanga Wholesale City kerana harga yang ditawarkan Esgesee ini lebih murah. Terbaik bukan? Layari www.esgesee.com sekarang jugak!!!

September 30th, 2013

Kalau pertama kali bertemu Nur Fazura, pasti Abang Nara akan beranggapan umurnya sekitar 25 tahun. Masih tampak muda. Rupa-rupanya Fazura pada 27 September yang lalu telah menyambut hari jadinya yang ke 30. Selamat hari lahir dan semoga panjang umur Abang Nara ucapkan kepada pelakon yang masih maintain cantik menawan ini.

fazura kahwin

Abang Nara pasti Fazura turut tidak sabar untuk bergelar isteri kepada seseorang. Semoga cepat dipertemukan jodoh. Semoga berjumpa dengan lelaki yang benar-benar memahami diri anda. Abang Nara yakin ramai yang mahu memiliki Fazura secara sah, namun pilihan yang tepat harus dilakukan olehnya.

fazura kahwin

Semoga Fazura akan terus berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburinya. Kekalkan sikap mesra, merendah diri dan charming anda. Selamat hari Fazura. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nur Fazura.

bbw world

P.S: Di kala harga barangan semua naik, BestBuyWorld Malaysia tetap mengekalkan harga yang jauh lebih murah berbanding pasarannya. Memang syurga membeli belah terutamanya untuk kaum wanita. Hampir kesemua barangan ada di jual di sini. Tak percaya? LIKE Facebook BestBuyWorld Malaysia dan layari www.my.bestbuy-world.com untuk menikmati harga ISTIMEWA hari ini juga.

fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin
fazura kahwin

July 23rd, 2010

fazura terbaru

Lama betul tak dengar cerita Fazura nie. Bagi kami dia antara artis Malaysia yang wajahnya agak asli. Ada daya penarik yang lain daripada artis lain. Cantik pun cantik. Mungkin sebab itu ada kerabat yang sudi “berkawan” dengan Fazura. Tapi kata Fazura, mereka hanya berkawan biasa. Hanya teman dan yang pasti bukan teman tapi mesra.

[note]Kalau boleh saya tak nak beri apa-apa komen mengenai hal ini. Nanti bila buka mulut, perkara ini akan menjadi semakin meleret dan diperbesarkan. Terus-terang saya cakap dan saya mengaku bahawa saya memang mengenalinya. Saya dengan dia (kerabat) hanyalah sebagai teman biasa tapi bukanlah ‘teman tapi mesra’. Sampai mana hubungan kami itu, saya tak boleh nak cakap apa-apa. Saya sudah tak mahu cakap lagi. Sekali lagi, kami hanya berkawan saja. Terus-terang, saya kenal dia dah lama. Kami mula berkenalan kira-kira pada tahun 2006. [/note]

Kalau betullah diorang berdua jadi pasangan kekasih pun rasanya tak salah. Asalkan tak mengacau rumah tangga orang lain. Lagipun kalau dah memang jodoh, takkan nak halang kan? Semoga Fazura berjaya bukan sahaja dalam karier tapi jugak dalam percintaan.

Pakaian Fazura kat atas tue diamik masa Anugerah Eh!. Kami rasa pelik sikit dengan fesyen Fazura yang nampak aneh. Ataupun ini memang trend terkini? Ada sesiapa leh tolong jawapkan?

P.S: Sumpah comel video mak Mohd Khairuddin nie.