August 5th, 2019

Sesungguhnya tarikh 20 Februari 2020 (20.2.20) memang sangat cantik untuk mendirikan rumahtangga. Abang Nara yakin ramai yang sudah merancang untuk melakukan sesuatu yang istimewa pada tarikh yang hadir sekali seumur hidup itu. Penyanyi Elizabeth Tan juga sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin pada tarikh tersebut, namun sayangnya, Lizzy masih belum ada bertemu dengan calon suami yang sesuai.

elizabeth tan

Menurut Elizabeth Tan, sehingga ke hari ini, dirinya masih belum mempunyai teman lelaki. Ini memang satu berita baik untuk lelaki-lelaki di luar sana yang ada menyimpan perasaan kepada Lizzy. Jangan risau sebab dia pun memang sedang mencari seseorang untuk dijadikan calon suami. Jadi kemungkinan untuk anda diterima adalah tinggi. Apa pun anda kena mulakan misi mengorat anda hari ini juga, sekurang-kurangnya ada tempoh 6 bulan lagi sebelum 20.2.2020.

Kata Lizzy:-

Saya hanya rancang untuk kahwin pada tarikh itu. Tapi saya tiada calon lagi. Apa pun kenalah cari supaya saya dapat capai target nak langsung pada date itu.

Entahlah, bagi saya tarikh tersebut cukup cantik dan pastinya ramai juga yang akan pilih tarikh berkenaan untuk menjayakan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Lagi pula ia hanya hadir sekali dalam hidup kita kan.

Tak ada kekasih lagi. Saya jarang keluar rumah. Jadi usaha untuk dapatkan teman lelaki itu agak sukar. Bayangkan sampai masa saya terfikir untuk mempunyai applikasi mencari teman di media sosial.

elizabeth tan

So tunggu apa lagi? Mana tahu jodoh anda dengan Elizabeth Tan kan? Sumber Media Hiburan.

December 19th, 2018

Gagal beberapa kali dalam percintaan dan kini masih lagi solo, penyanyi Elizabeth Tan mengakui beliau seorang yang cepat bosan dan mungkin itu juga antara sebab hubungan cintanya sebelum ini tidak dapat kekal lama. Lebih sukakan privasi dan gemar menyendiri dalam bilik, Elizabeth juga tidak mempunyai ramai kawan.

Mungkin sebab itu susah untuk saya kekal lama dalam perhubungan. Hampir lima tahun dalam industri, tidak mudah sebenarnya untuk sampai ke tahap ini. Saya rasa diri ini membosankan, apatah lagi saya kurang bercakap dan tidak pandai bergaul hingga ada yang menganggap saya pelik.

Sikapnya yang suka memikirkan sesuatu perkara secara berlebihan membuatkan beliau cepat khuatir dan cemas sehingga sampai satu tahap terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan.

Bagaimanapun, kehidupan beliau kini lebih teratur dengan bantuan pembantu peribadinya yang banyak memberikan Elizabeth sokongan untuk mengubah dirinya dan pada masa yang sama meneruskan kariernya dalam bidang hiburan.

Sepanjang tahun ini, saya hanya ambil dua tawaran persembahan kerana banyak benda yang bermain di fikiran sebelum muncul di atas pentas. Jika dia tiada, mungkin saya akan kembali menyendiri seperti dulu.Dia ada bersama ketika saya lari dari rumah dulu. Saya banyak bergantung kepada Atirah dan jika dia tiada, mungkin saya akan berhenti jadi artis.

Terdahulu, Elizabeth pernah menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan berbangsa Melayu sebelum berpisah empat bulan kemudian. Elizabeth bertindak mengakhiri hubungan itu selepas mendapat tahu teman lelakinya bermain kayu tiga.

Sumber Berita : BH ONLINE

August 10th, 2017

Siapa bilang jejaka Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat. Kalau la memang tak mungkin Elizabeth Tan tertawan. Kalau la memang tak mungkin Elizabeth Tan sampai nak bunuh diri. Fuh!!! Begitulah kehebatan penangan cinta seorang jejaka Melayu. Nasib baiklah Elizabeth Tan tak hilang akal sepenuhnya dan masih bernyawa sehingga ke hari ini.
elizabeth tan
Malah akibat putus cinta, Elizabeth Tan turut mengalami kemurungan. Nasib baiklah ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat kepadanya. Kata Elizabeth Tan:-

Saya pernah duduk selama enam jam untuk mengenang semua kesilapan dan kelemahan diri yang saya tulis dalam buku dan keadaan kemurungan saya sangat teruk sehingga pernah terlintas untuk mengambil nyawa sendiri.

Banyak yang saya lalui dan cuba faham dalam tempoh tiga tahun ini sehingga akhirnya ia memakan diri sendiri dan menyebabkan kemurungan. Berpisah dengan bekas teman lelaki mungkin sebahagian penyebab tetapi bukan secara keseluruhan kerana sudah terlalu lama saya pendam pelbagai perkara dalam hati.

elizabeth tan

Sebenarnya tak kiralah Melayu ke Cina ke India ke, kalau dah mabuk dalam percintaaan, memang kesemuanya memberikan impak yang serupa tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. Bila hati dah cinta, memang lain macam terutama kalau berpisah. Sedih, pedih dan perit semua akan ada. Hati kita ini mencintai tanpa sebarang sifat perkauman. Kalau dah sayang, tetap sayang. Tak gitu?